Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

Ketidakyakinan Pak-pak Menteri Terhadap Bahasa Melayu.

Oleh: Benz Ali Terbaru Malaysia menjadi laughing stock sekali lagi apabila Menteri Pertahanan Malaysia, iaitu Mat Sabu berucap di Shang-ri La menggunakan Bahasa Inggeris. Selain latar belakang beliau yang tidak sebanding dengan rakan-rakan sejawatnya yang lain untuk memegang posisi strategik itu, beliau juga selalu diperbandingkan dengan menteri-menteri pertahanan sebelum itu. Sebelum dari itu, apa yang berlaku kepada Mat Sabu itu tidaklah harus melupakan kita kepada apa yang telah berlaku pada   (Dr.) Ahmad Zahid Hamidi juga ketika berucap UNGA (General Assembly Of The United Nation) i ni lebih memalukan kerana beliau bergelar “Dr.” Komen Lione Wan, seorang netizen di Youtube pada ucapan beliau itu menarik untuk diperhatikan, “ sound like he is out of breath in the beginning. I can sense he is having stage fright early. He is much smoother as later on. need to take classes on speech if he wants to public speak in English. However I still think speaking in mother