Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

May Day: Perarakan Tiada Henti

Oleh: Lucy M Saya pernah membaca sebuah sajak berjudul Dongeng Marsinah, karangan penyajak besar, Pak Sapardi. Sajak itu, menurut Pak Sapardi, ialah sajak protes yang paling lama pernah disiapkannya. Mungkin kerana berita kematian Marsinah yang tragis dan juga kemelaratan kisah hidup dan perjuangannya- membuatkan jiwa Pak Sapardi tersiat-siat. Tangannya terketar-ketar barangkali apabila mengenang seorang perempuan yang meminta upah yang layak perlu dihabiskan semacam itu. Itu cerita Pak Sapardi dan penyanjungannya ke atas kisah martir kelas pekerja, Marsinah. Sudah puluhan tahun berlalu sejak kematian Marsinah dan diharapkan ada perubahan dan keadilan yang akan dibawakan buat para buruh. Malang beribu kali malang, kisah Marsinah lahir pula di Malaysia. Pada tahun 2016, seorang suri rumah bernama Suyanti ditemui di tepi longkang, bengang tubuhnya dan mukanya- dipercayai kerana didera majikannya. Pelaku yang membuatkan Suyanti menderita kesakitan di seluruh anggot

Syurgalah Untuk Sri Lanka

Oleh: Benz Ali Hai Sri Lanka, Apa khabar kamu di sana? Masihkah kamu dibakar kebencian api agama? Mereka mengatakan dalam agama tiada keganasan, Atau keganasan tiada agama, Tetapi sekejap tadi tanah dan airmu baru sahaja dilesap, Dibakar oleh mereka yang mengaku paling taat beragama, Ketika asap hitam berkepulan dan debunya itu berterbangan, Merentasi Lautan China Selatan dibawa angin lewat sosial media, Semua orang berlari masuk ke dalam rumah, Memadamkan cahaya lampu, dan menyumbat jari ke telinga, Tidak mahu mendengarkan jeritan dan pekikan pengeboman di Sri Lanka Tetapi sebaik sahaja pembunuhan berlaku di Christchurch, Semua orang tadi keluar dari rumah, menyalakan unggun api di tangan, Berlari-lari menjerit mahu membakar, “siapa, siapa, siapa?” Semua orang tertegun menyaksikan, Pesta hipokrasi apakah ini? Apakah darah dan nyawa punyai nilai berbeza? Beginilah kisahnya hai Sri Lanka. Moga ada agama, beza agama atau tidak ada agama,  T

Lagi Tentang Revolusi Rusia

Oleh: Nik Ahmad Faris a.k.a Ken (Ketua Biro Pendidikan Murba) Sudah habis membaca buku The Russian Revolution oleh Alan Moorehead. Ia adalah suatu pandangan neutral oleh pemerhati Revolusi Rusia, bukan oleh penyokong atau pengkritik revolusi tersebut. Saya akan gunakan konsep 5W1H untuk merumuskan buku ini. Siapa? Nicholas Romanov - Raja Rusia yang memerintah empayar tersebut di ambang revolusi berkenaan. Vladimir Lenin - pemimpin faksi Bolshevik di dalam Parti Buruh Demokrat Sosial Rusia. Alexander Kerensky - Perdana Menteri Duma yang terakhir sebelum kerajaan Soviet Bolshevik mengambil kuasa. Leon Trotsky - pemimpin faksi Menshevik yang menyertai faksi Bolshevik dalam julat Mac-November 1917. Rasputin - seorang paderi yang berasal dari golongan bawahan yang mempengaruhi permaisuri Rusia dalam mentadbir negara itu. Parvus - sosialis Rusia yang juga merupakan ejen Jerman dalam mempengaruhi penghasilan revolusi di Rusia. Kornilov - ketua komander tentera

Kiri Bukan Liberal (BHG 1)

(sekeping gambar seribu tafsiran) Oleh: Benz Ali Ramai di Malaysia yang salah sangka bahawa Kiri itu juga Liberal, apabila Kiri juga menggugat Konservatisme. Ini adalah sebuah kefahaman yang agak karut. Selepas kejatuhan UMNO-Barisan Nasional (yang menaungi faham Konservatisme di Malaysia) para penyokong Konservatisme ketika bertempur dengan PH yang sangat Neo-Lib(eral), mula mencari-cari identiti apakah yang mahu ditempekkan kepada PH supaya masyarakat membenci PH. Maka dicari-carinya asal usul DAP iaitu PAP lebih jauh sampai ke PKM. Usaha ini tidak lain tidak bukan, selain bertujuan memburukkan DAP dan merosakkan imej PH ianya membusukkan Kiri sedangkan soalan yang pertama harus ditanyakan sekarang adalah, adakah DAP masih Kiri/Sosialisme? Ini adalah soalan yang pertama-tama harus ditanyakan. Apakah dasar atau polisi Kiri/Sosialisme yang dilakukan oleh DAP? Sememangnya mereka boleh menamakan sayap pemuda mereka sebagai DAPS(ocialist)Y(outh). Tetapi apakah benar tindak dan t

Menanggalkan Topeng Feminis Anti Hijab

Oleh: Kia Syakira “Wanita berhijab tiada berkesedaran!!” Ucapan dan penyataan simpilistik lagi bego ini terngiang-ngiang di telinga aku sejak dari beberapa bulan lalu. Aku sering termenung panjang tentang hal ini, beginikah kau melihat dan menafsir diri aku, malahan semua perempuan yang memilih untuk menyarung tudung ini? Jadi aku berfikir dengan lebih mendalam lagi, kenapa isu ini timbul sebegini riuh dan semakin menyemakkan kepala ini? Perhatian aku: Persoalan dan kelumit hijab tidak-berhijab ini semakin bingit sejak berakhirnya Perarakan Wanita 2019 Mac tempohari. Mungkin kerana kurangnya kehadiran dan keterlibatan wanita bertudung di perarakan tersebut. Berbanding daripada menganalisa ke mana perempuan-perempuan ini pergi, dan mengapa ramai yang memilih untuk tidak hadir, kumpulan yang mengangkat diri mereka sebagai pembela wanita ini mengasumsi dan menatijahkan bahawa “Oh kerana memang mereka ini tiada berkesedaran pun.” Ini adalah pendapat peribadi aku se

Falasi Ideologi Kanan Ayman Rasydan (Bahagian 2)

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Kalau pada bahagian pertama kita sama-sama menyelami falasi penulis esei ‘Falsafah Politik Konservatisme’ (FalPoK) dari segi pendekatan analisis Revolusi Perancis serta hujah-hujah substantifnya yang lain, dalam bahagian kedua ini kita akan membedah pula nasib fatal Robespierre, persoalan-persoalan penulis mengenai revolusi serta renungan-renungan penulis mengenai konservatisme, terutamanya sebab-sebab penentangannya terhadap politik Kiri (yang dia labelkan radikalisme - sekali lagi, muslihat istilah yang amat janggal. Kanan tiada radikalisme? Mahu saya sebut?). Sebelum itu, mari kita menyudahkan kritikan-kritikan Burke terhadap revolusi. Pertama, penulis ada menyebutkan serangan revolusioner terhadap institusi tradisional adalah tidak wajar kerana ianya “wujud bersebab”. Pada saya - kalaupun kita menerima hujah ini - ia adalah seperti kata dulang paku serpih. Kerana apa? Kerana penulis sendiri gagal menjustifikasikan pendirian “wujud bersebab”

Kebenaran Tidak Ada

Oleh: Benz Ali Abstrak; For Nietzsche, there is no truth, only perspectives: Friedrich Nietzsche (1844–1900) was a German-Swiss philosopher whose work did not become influential until the 20th century. He argued that truth is impossible there can only be perspective and interpretation, driven by a person’s interests or ‘will to power’:  It is our needs that interpret the world; our drives and their For and Against.  Nietzsche's early thinking was influenced by that of  Arthur Schopenhauer , whom he first discovered in 1865. Schopenhauer puts a central emphasis on will and in particular has a concept of the " will to live ". Writing a generation before Nietzsche, he explained that the  universe  and  everything  in it is driven by a primordial will to live, which results in a desire in all living creatures to avoid death and to procreate. For Schopenhauer, this will is the most fundamental aspect of reality – more fundamental even than being.