Oleh: Abdullah Hadi
Bila menonton The Joker, ramai orang berfikir dia adalah Joker. Lalu Arthur Fleck sangat gembira bila demonstran anarkis mengenakan topeng muka Joker sebagai protes jalanan dan Joker disimbolikkan sebagai simbol perlawanan kelas pekerja, marhaen melawan kelas borjuis penindas.
Saya bukan orang filem, malah tak
tahu apa pun sangat soal ini. Cuma saya ada membaca/menonton beberapa siri
tentang Joker. Yang saya tahu, Joker sangat ramai dan seolah-olah Joker adalah
figura umum bagi kaum tertindas. Dan tak lupa, Joker yang memang baik dan terus
buat baik seperti Joker yang pernah difilemkan di Bollywood. Dan Joker-joker
lain adalah lebih dari tiga yang saya tahu tidak termasuk Jokermin. Semuanya ada
sejarah silam yang buruk. Cuma perbezaan yang paling besar adalah mungkin
intelligence atau juga penampilan atau sedikit naratif atau sedikit bentuk
tindak balas ke atas penindasan. Jadi sebenarnya Joker ini yang sebenarnya
bagaimana?
Saya rasa ia adalah cuma simbolik
manusia yang ramai dengan apa yang dia ingin jadi setelah dia ditindas. Seolah-olah
ia selalu memberitahu orang-orang tertindas bahawa anda semua adalah genius
yang diabaikan. Anda cuma bukan populis. Anda cuma bukan kaya, anda cuma miskin
atau mungkin anda cuma tidak memiliki rupa yang baik. Dan jika anda di pihak
bernasib baik, perjalanan anda tidak sama malahan anda akan jadi jauh lebih
popular, genius, hebat dan segala macam kebaikan. Tapi titik persilangannya
berada pada sebuah tanda soal. Bagaimana aku ingin menjadi seperti orang-orang
yang bernasib baik dalam keadaan aku tidak bernasib baik? Jadi solusinya adalah
revolusi. Anda harus melawan. Tapi masalahnya anda akan kalah jika melawan
dengan sifat, keberadaan lahiriah anda yang begitu. Maka anda perlukan satu instrumen.
Dalam The Joker (2019), satu
tahun sebelum era kereta terbang, titik naratif paling penting bagi Arthur
Fleck dalam perubahan watak baik kepada jahat adalah ketika mana dia diberikan
pistol oleh Randall (tak betul pasti nama ini) untuk melawan. Ini adalah instrumen
melawan bagi kondisinya yang lemah dan tidak berupaya mempertahankan diri
dengan tenaga.
Namun Arthur yang tidak biasa
menjadi jahat, bukan semudah itu untuk menjadi jahat atau menembak. Ia pastinya
mula bermain dengan angan-angannya. Itu kesempurnaan plot bagi saya. Yang ia
perlukan saat itu adalah ‘spark’. Dan ‘spark’ yang diwujudkan dalam filem ini,
yang paling utama adalah Randall. Dia (Arthur) terjatuh pistol ketika sedang
menghiburkan pesakit di wad kanak-kanak dengan lagu “if you’re happy”. Scene sempurna.
Kemudian dia dipecat kerana alasannya tidak wajar yang menyatakan bahawa pistol
adalah prop persembahannya. Walhal dia menyembunyikan nama Randall di balik tragedi
itu. Dan Randall pula memberikan keterangan bahawa Arthur benar-benar berniat
jahat. Dari sinilah ia berubah dan punya keberanian untuk menembak tiga orang
yang membulinya.
Dalam filem, apa yang sangat saya
titikberatkan adalah cinematography dan skrip. Naratif atau perjalanan cerita
mungkin tolak ketepi dulu. Sebab kenikmatan ada pada setiap scene dan
pertuturan lebih utama dari naratif.
Jika ada yang rasa filem ini
terlalu perlahan, saya rasa sebaliknya. Ia terlalu cepat. Sehinggakan jika saya
memejam mata beberapa saat, saya tidak dapat menangkap apa yang ingin disampaikan
dengan jelas secara keseluruhan. Jadi ia perlukan fokus setiap detik. Ada dua
perkara yang saya rasa memang dibuat supaya manusia bercakap-cakap tentang
filem ini. Antara ia dikaburkan atau ia dicepatkan atau saya lebih percaya
supaya manusia mencipta persepsi.
Pertama, krisis identiti Arthur
sendiri. Antara dia adalah benar-benar anak angkat kepada Penny Fleck dan
Thomas Wayne (ayat Batman dalam siri lain) atau anak kandung. Kalau melihat
secara literal, dia adalah anak angkat yang didera. Tapi kalau diikuti
siri-siri Joker yang lain, ia lebih complicated/rumit untuk menjelaskan. Seolah-olah
ia membuka satu ruang fikir, mungkin sahaja sejarah hidupnya digelapkan sebab
watak Penny dan Thomas adalah meragukan untuk dikatakan baik. Dan pastinya
berpotensi untuk membuat sebuah kenyataan salah serta lebih-lebih lagi Thomas
Wayne adalah orang berpengaruh dan kita semua tahu bahawa pengaruh boleh
memutar banyak fakta apalagi cuma sebuah dokumen.
Kedua, janda perempuan negro yang
mengacukan jari sebagai pistol di kepala. Ada wujud scene ilusi dan realiti
yang seakan dikaburkan. Seolah-olah ia adalah persoalan yang perlu difikirkan
dijadikan konspirasi. Jadinya, saya rasa kalau melihat kepada keseluruhan dua
hal ini, ia merupakan scene-scene penting di mana “filem yang berjaya adalah
filem yang banyak orang mempersoal tentangnya.” Dan ia adalah produk kapital. Kahkahkah.
Dan saya percaya, seni lebih besar kepada alat kapital untuk mengaut keuntungan
dengan pemaparan naratif-naratif marhaen. Ini dakwaan, boleh disangkal. Dan sebenarnya terlalu banyak
untuk ditulis tentang cerita ini. Cuma saya pendekkan. Seterusnya, saya cuma
ambil ‘quote’ dari filem ini.
Yang paling popular saya lihat
adalah “selama ini saya berfikir hidup saya adalah tragedi, tetapi sebenarnya
ia adalah komedi”. Pengungkapan ini saya lihat mirip kepada kata seorang
filosof, Friedrich Nietczhe (memori lemah dan mungkin ejaan salah eja dan
sampai sekarang saya rasa, saya tak boleh eja namanya dengan betul). Nietczhe menyebut atau dengan
mafhum yang lebih kurang “jangan bersedih bila anda mendengar tentang perkataan
penindasan. Dalam hal ini mungkin ada sesuatu untuk diimbang atau dikurangkan
atau mungkin untuk diketawa.” Jadi Think about it! Dan fikir apa yang anda
perlu jadi.
Saya rasa memori saya sangat
lemah untuk ingat semula quotes yang saya percaya lebih berharga dalam filem
ini berbanding pengungkapan itu walaupun pengungkapan itu merupakan sebuah tema
quote. Cuma ada beberapa yang saya ingat, “bila saya kecil, saya memberitahu
bahawa saya ingin menjadi pelawak dan semua orang ketawa. Sekarang, bila saya
jadi pelawak mereka tidak ketawa”. Kedua yang tak berapa jelas kata Thomas
Wayne atau maksud lebih kurang “gagalis adalah Joker”. Kedua ini saya rasa
lebih bermakna. Tapi tetap rasa ada lagi yang lain, yang saya tak ingat.
Mungkin ada sesiapa boleh ingatkan saya.
Keseluruhan saya rasa filem ini
baik. Saya tak tahu nak bagi rating sampai sepuluh atau sampai lima sebab takut
orang tanya satu untuk apa, dua untuk apa. Saya tak reti nak jawab. Cumanya ia
sebuah filem “to enjoy and to think” dan ia baik sempurna atau kalau tak ada
yang sempurna saya rasa “almost perfect.”
Saya sebenarnya nak tulis banyak
juga pasal falsafah. Eksistensialisme, escapism, hedonism, materialisme dan
macam-macam. Tapi saya rasa macam tak patut seperti kata orang “tak real siang
hari pegang tukul, malam hari bahas politik.” Jadi saya mudahkan dan ini paling
baik buat saya kot.
Cumanya saya rasa tak ada siapa
pun perlu jadi Joker. Sebab Joker sudah terlalu ramai. Filem pun terlalu banyak
yang mirip karekter Joker. Di seluruh dunia, Hongkong, India, US, UK dan
macam-macam. “Depression is cool as long
as we know how to laugh and not to oppress others”.
Terbayang pakar psyktiari (eja
salah) yang cuma bagi ubat dan tak boleh buat apa-apa. Pada saya itu adalah juga
kritik yang besar bahawa tiada sesiapa yang mampu mengubat kamu jika kamu tidak
mahu sembuh. Dan perkhidmatan itu terpaksa dihentikan sebab kewangan. Mungkin masyarakat
tidak begitu kisah soal ini. Dan Arthur pula tetap tidak boleh diklasifikasikan
sebagai 100% adalah pesakit mental sebab kebanyakan scene yang ditampilkan
adalah kabur seolah-olah, pengarah ingin menyatakan “Think About It!” Dan
penyelesaian kepada depresi yang paling utama bagi saya secara peribadi adalah
self-immune. Sebabnya saya rasa pakar psyktri sendiri tak ramai dan volunteer
pun akan jadi tak ramai jika terlalu ramai orang depresi. Itu tak termasuk kes
yang terpencil. Mungkin orang tidak setuju tapi bagi perlawanan itu mula dari
diri sendiri.
Akhirnya kepada pengarah, yang
saya difahamkan, dia adalah pengarah yang popular dengan komedi, saya bagi lima
bintang. Dia lebih genius dari Joker. Dan ia sangat baik memainkan kata “dari tragedi
kepada komedi” walhal konsep asal yang saya percaya adalah “komedi kepada tragedi”.
Dan saya rasa pengarahnya sendiri letakkan dirinya dalam cerita ini sebagai
Murray. Ya Murray yang bagaimana sifatnya?
Comments
Post a Comment