Oleh: Benz Ali
Dalam mengulas filem The Joker terbaru, Nami Cob Nobbler mengatakan (dalam sebuah komentar di komen FB);
Tema-tema yang dibangkitkan dalam karya sedark dan sedalam Batman yang saya sebutkan di atas cukup untuk memberitahu kita bahawa karya-karya yang kita pandang sebagai “kartun” ini sebenarnya jauh lebih berat dan penuh dengan falsafah. Mereka yang mampu menikmati karya-karya seberat di atas saya kira ialah orang-orang yang mempunyai IQ yang tinggi.
Dalam mengulas filem The Joker terbaru, Nami Cob Nobbler mengatakan (dalam sebuah komentar di komen FB);
Aku bukan sayap kiri atau kanan. Aku ni sayap cinta. Lagipun bagi aku amatlah membosankan sekiranya kau tengok dunia ini dalam perspektif binari kiri-kanan, sedangkan hidup ini entah-berapa-dimensi tapi kau masih terperangkap dengan mentaliti modeniti yang one-size-fits-for-all. Enjoy movie sudah. Aku tengok je Joker tapi takde la lepas tu aku nak berhujah sambil bukak buku Das Capital tak sudah-sudah. Boring beb kalau terperangkap dalam ideologi ini. Baik borak dengan makwe pasal Sailormoon. Lagi seronok.
Inilah masalah aliran
pop-popan ini. Yang hanya gemarkan hal-hal popular, ringan, “mudah”, dan tak
perlu pikir sangat. Seolah-olah Christoper Nolan-Heath Ledger itu melakukan
kegiatan seni mereka tanpa menggunakan otak. Seolah-olah Todd Phillips-Joaquin
Phoenix berkarya itu sekadarnya dan main-main untuk aliran pop-popan ini
melancap sahaja. Dan apabila kita serius membahaskan persoalan yang ditimbulkan,
jawapan puak pop-popan yang selekeh ini,
“enjoy
movie sudah”.
Ya. Benar. Pastilah kita
enjoy. Tapi pastilah kita enjoy bukan dengan bermain kote sahaja. Atau bermain
punai sesama sendiri, dan berharap akan terhasil anak. Pastilah tidak sama
sekali. Jika sekadar hendak enjoy dan tak perlu pikir, elok kita tengok drama
yang dihasilkan anak-anak Melayu pukul 7 petang menjelang maghrib itu. Pastilah
tidak memberatkan kepala otak. Dan itu percuma, serta mudah. Tidak perlu
permainan ekspresi dan pemerihalan latar dan konteks. Cukup office, papa, mama,
kahwin dan mampus!
Pastilah kita
mengeluarkan duit dari kocek kita, sama ada untuk membeli buku atau membelanja
kekasih menonton wayang, pastilah kita hendak membaca atau menonton sesuatu
yang bermutu. Yang ada benda menarik untuk disembangkan.
Inilah masalah murtad
ideologi. Jadi celaru yang tak menentu. Sekejap begini, sekejap begitu. Sekejap
anarkis bahasa. Sekejap lagi nak jadi konservatif. Punai sungguh.
Berdasarkan carian saya
di portal The Patriots, ada tujuh artikel dikeluarkan oleh The Patriots tentang
The Joker – watak villain yang paling seru dalam Batman Universe ini. So, siapa
yang terlalu serius dalam membincangkan hal ini?
Bila kita membaca
tulisan Nami dengan teliti ini, dan membandingkan dengan tulisan kumpulan yang
disertainya, kita akan mendapati kecelaruan yang serius menimpa mereka. Tulisan
Nami adalah persis gaya tulisan Saiful Nang yang membakulsampahkan semua
fiksyen moden. Menjawab Saiful Nang, pada 2 Jun 2016, dalam page FB The
Patriots, bertajuk SAIFUL NANG BUAT HAL
LAGI.
Kali ini berkisarkan
kononnya sesiapa yang menonton anime macam Dragon Ball menghidapi sindrom anak
manja. Saya memandang kenyataan Saiful Nang ini sebagai tuduhan bahawa kita
semua yang masih ralit menikmati Anime sehingga hari ini sebagai berjiwa
kanak-kanak. Seriously Saiful Nang?
Bahkan tulisan membidas
kedangkalan Saiful Nang itu turut memperkatakan tentang fiksyen keluaran DC
ini;
Kalau anda seorang
peminat siri artikel Gotham saya di page The Patriots, anda tidak akan hairan
dengan kenyataan saya. Sebagai contoh, naskhah Batman akan membincangkan
tentang banyak penyakit-penyakit psikologi yang wujud pada diri manusia yang
boleh membawa manusia tersebut menjadi seburuk-buruknya manusia. Sebagai
contoh, The Riddler dengan penyakit narcissistic disorder, Harley Quinn dengan Relationship obsessive-compulsive disorder,
Poison Ivy dengan Delusional Companion Syndrome dan Paranoid Personality
Disorder (PPD).
Tema-tema yang dibangkitkan dalam karya sedark dan sedalam Batman yang saya sebutkan di atas cukup untuk memberitahu kita bahawa karya-karya yang kita pandang sebagai “kartun” ini sebenarnya jauh lebih berat dan penuh dengan falsafah. Mereka yang mampu menikmati karya-karya seberat di atas saya kira ialah orang-orang yang mempunyai IQ yang tinggi.
Menyorot pandangan
mereka ini, melalui ‘terowong masa’, kita akan mendapati, sesuatu itu hanya
dipandang berat dan serius jika melalui lensa dan kena dengan selera tekak
mereka. Tetapi jika sesuatu itu (seperti Joaquin Phoenix) meludah ke muka
mereka, terus mereka akan katakan, "it just a movie", "Enjoy movie sudah".
Bahkan Ayman Rasydan sendiri memberi kata pengantar untuk buku Zamir Mohyedin, Alegori Naruto itu. Betapa budaya popular bukanlah sesampah atau sesengal yang Nami fikirkan, iaitu tak perlu fikirkan.
Bahkan Ayman Rasydan sendiri memberi kata pengantar untuk buku Zamir Mohyedin, Alegori Naruto itu. Betapa budaya popular bukanlah sesampah atau sesengal yang Nami fikirkan, iaitu tak perlu fikirkan.
Tidak ada apa benda yang baru pun.
aku bukan sayap kiri atau kanan. Aku ni sayap cinta.
Ini adalah salah satu
yucckk dari banyak-banyak yucckk yang Nami karutkan. Dan yucckk ini sangat geli
geleman. Bukan sayap kiri, atau kanan.
Aku ini sayap cinta. Kita baca berulang kali pun, kita tetap rasa yucckk.
Kita tak boleh fikir benda lain selain hanya, yuck.
Bukan sayap kiri,
ertinya dia sudah tidak percaya lagi ideologi yang pernah dia kucupi dulu. Lantak
pi kat dia lah. Semua orang berhak menukar apa pun, jika dia punya hujah.
Bukan sayap kanan pula?
Ini yang kacaunya
kepada seorang Nami –yang entah berantah namanya mana satu – jika kita membaca
tulisan di FB dan kritikannya kepada leftist, dia mahu balik kampung, menjadi
Melayu kembali (kenapa sebelum ini dia Batak ke?) bukankah itu telah pergi ke
kanan?
Ataupun Kanan dia
adalah Kiri, dan Kiri dia adalah Kanan seperti tafsiran Helmy Effendy –yang
sangat celaru- iaitu Kiri itu Liberal? (ini akan diulas dalam artikel lain).
Elok dia berguru sahaja
dengan Ayman Rasydan Wong itu yang berterus-terang mengaku sebagai Konservatif.
Atau Helmy sendiri yang mengaku sebagai Konservatif. Ultra tak ultra satu bab
lain, tapi mengakulah dulu. Cuma penafsiran spektrum Kiri-Kanan dia sangat
stupid.
Jadi tak jelas, apa
benda dia ni, Kiri pun tidak, Kanan pun tidak. Dia malu nak kata dirinya adalah
konservatif yang liberal – suka melepak dengan liberal-liberal di Starbuck, di
Bangsar, di Publika, kemudian merasa rendah diri dengan libertad-libertad itu.
Tak pernah pula kita dengar ahli PSM yang pergi melepak dekat tempat-tempat
elite sebegitu.
Kemudian dia
mengatakan, dia ini sayap cinta –
yuck.
Inilah padahnya murtad
ideologi. Jadi merapu tak ketahuan.
Ia bukanlah sesuatu
benda yang baru atau pertama kali keluar dari mulut atau pancutan Nami. Nehi.
Tidak. No! Tiada apa yang baru pun!
Rumi telah
mengatakannya. John Lennon telah memuzikkannya. Hippies telah menggerakkannya.
Jadi apa benda yang barunya? Tidak pun. Tiada apa benda lagi yang baru.
Dia mengatakan bahawa,
Soviet telah jatuh, blablablablabla.., suruh orang pergi kerja macam biasa,
blablablablabla, ingat senang ke jadi kapitalis, itu semuanya bukan pandangan
baru pun. Itu pandangan yang dikitar-kitar semula. Itu pessimism-liberal shit. Kemudian
ditambah-tambah, post itu, post ini. Itu sahaja.
Kenapa, kalau dunia ini
hendak hancur binasa esok pun, jika ada orang mahu tanam pokok pun kenapa?
Biarlah dia dengan optimismenya. Biarlah dia dengan ideologinya. Dengan
Kirinya.
Comments
Post a Comment