Oleh: Ammar Redza Ahmad Rizal Feudal adalah perkataan Bahasa Inggeris yang berasal daripada Bahasa Latin iaitu Feudum . Feudum pula adalah sinonim kepada perkataan fief yang membawa maksud “ satu kawasan yang diketuai oleh lord /ketua ”. Dalam wacana psikologi feudal pula, ia membawa maksud kepada perbincangan perihal pemikiran feudal itu sendiri yang terwaris dari zaman ke zaman tanpa sempadan garis masa. Tetapi apakah pula itu feudal? Dan apakah pula feudal bagi Alam Melayu? Apakah feudal terhad kepada konsep kesultanan ataupun feudal berbalik kepada tafsiran latinnya yakni perihal subjek yang dikawal oleh seorang ketua. Apakah feudal terhad kepada satu zaman sahaja? Argumen kepada konsep feudal dalam sosiologi mahupun psikologi akan mengatakan bahawa feudal adalah hanya satu peristiwa yang berlaku pada garis masa kewujudan manusia itu sendiri. Sama seperti perihal komunis, sosialis dan sewaktu dengannya. It just a mere event that happen in human history . Perihal ini mungkin benar ...