Oleh: Qistina Kejayaan parti komponen PAKATAN HARAPAN yang baru-baru ini telah memenangi Piliharaya ke-14 telah mewujudkan suatu persepsi dan harapan yang baharu buat rakyat Malaysia. Slogan 'Malaysia Baharu' yang dicanangkan sejak dua menjak ini telah menjadi bualan ramai terutamanya buat penyokong tegar kerajaan PH. Tetapi malangnya slogan hanya tinggal nama, Malaysia Baru yang dicanangkan oleh penyokong PH ini rupanya masih lagi tidak sedar bahawa Malaysia Baru ini hanyalah Malaysia yang lama yang di mana tidak ada apa-apa perubahan yang membawa dan menunjukkan kepada penubuhan Malaysia Baru. Apa yang menggemparkan lagi, kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini iaitu Yb Maszlee Malik dengan tegasnya ingin meneruskan hasrat kerajaan PH dalam mengiktiraf sijil UEC untuk diterima dalam kemasukan ke Universiti-universiti Awam di Malaysia. Perkara ini menjadi satu tanda tanya buat kerajaan PH yang selama beberapa bulan ini menjadi sebuah kerajaan yang ber...
Dari Murba Untuk Murba!