Skip to main content

Rumah Ini Milik Siapa?


(gambar bukan sekadar hiasan)


Oleh: Pencinta Wollstonecraft

Jadi, di sini kita ditinggalkan oleh nenek-moyang kita persoalan yang amat besar: tanah ini, untuk penduduk asal, atau untuk yang lebih bekerja-keras? Untuk yang konservatif kepada nilai-nilai perenial bangsa, atau untuk yang kreatif sehingga terbuka kepada interpretasi kebangsaan yang lebih segar-universal?

Perihal ketuanan ini diangkat dan boleh diraut daripada dua sisi. Sisi pertama, dengan melihat kepada perjalanan sejarah, maksudnya siapa yang paling banyak berkorban demi menjadikannya apa ia sekarang. Sisi kedua, dengan melihat kepada pembaharuan yang boleh dibuat, supaya ia tidak lapuk dan dapat terus hidup dalam kalangan masyarakat lain.

Golongan Kanan kerap merunut sisi pertama, mempercayai pengalaman rasial memberi suatu kredibiliti kepada letak-duduk ras-ras sesebuah negara. Mereka percaya bahawa pengorbanan sesebuah bangsa menjustifikasikan superioriti, dan dalam pada itu, menjustifikasikan inferioriti terhadap bangsa lain.

Pembuktian kepada perkara ini mudah: bawalah mana-mana Konservatif berdebat, mereka akan selalu berbalik kepada sejarah tikamana negara masih terjajah. Lalu mereka akan bercerita mengenai bangsa-bangsa pejuang utama yang menyumbang kepada kemerdekaan negara berkenaan.

Secara akademiknya, terdapat empat cara analisis boleh dibuat: analisis asal-usul, analisis komponen, analisis prinsip-tujuan dan analisis metodologi. Argumen Konservatif di atas hanya dapat lolos analisis pertama, namun gagal jika dihadapkan dengan analisis lainnya. Diberi contoh:

Analisis komponen: Kenapa perlu bangsa X berada di atas? Apa isu ramai daripada bangsa bukan X memegang tampuk pemerintahan?

Analisis prinsip-tujuan: Apa prinsip bangsa X yang unik kepada bangsa tersebut, sehingga ia harus memegang teraju negara?

Analisis metodologi: bagaimana bangsa X boleh berbeza cara daripada bangsa bukan X sehingga cara mereka paling sesuai?

Golongan Kiri pula kebanyakannya menggunakan sisi kedua, iaitu pembaharuan mengatasi batas-batas klasik sosio politik antara ras. Dalam suatu cara, meritokrasi adalah jaminan yang lebih teguh berbanding pengalaman sejarah dalam menakhoda negara.

Kejengkelan golongan Kiri kepada Kanan adalah apabila mereka merasakan Kanan mempunyai kecenderungan untuk memangsai bangsa lain. Saya berfirasat, bukan ini kesnya. Konservatif - seperti namanya mencadangkan - adalah cenderung memelihara, dan Kiri melihat pemeliharaan ini terkadang membolehkan keteruraian sosial.

Kalau dapat diizinkan, meminjam idea Farber, golongan Kiri suka menuduh Kanan sebagai punca kepada keteruraian sosial, oleh kerana cara kerja pasaran bebas dan nilai-nilai Kanan lainnya, manakala apabila keteruraian sosial berlaku dari golongan Kiri, mereka menyatakan ia sebagai hasil relativisme moral.

Oleh sebab itu, menyatakan angka-angka korban kebuluran kerana projek-projek pengindustrian Stalin (Holodomor) misalnya, adalah hujah mendepani Kiri yang selalunya menghampakan. Bukan kerana mereka tidak menghargai nyawa, namun kerana mereka percaya ia boleh berjaya jika mereka melakukannya.

Jadi, berbalik kepada isu ketuanan, saya fikir tiada mana-mana bangsa memiliki negara ini. Kita sebenarnya lebih mirip menyewa berbanding menjadi tuan, kerana setiap kerosakan sesuatu bangsa, anak terpaksa dibayar oleh anak-cucunya juga.

Ia juga menolong apabila kita menganggap bahawa kita semua ini penyewa: dengannya kita cermat dengan beras-gulanya, berhati-hati menggunakan perabotnya, dan teliti dalam menghiasnya. Bezanya, satu penyewa datang lebih awal dan lebih faham selok-belok rumah (tidak semestinya automatik menjadi tuan).

Seperti mana-mana rumah, ia ada tertib dan adabnya. Di rumah sewa bernama Malaysia, antara adabnya adalah bercakap dalam bahasa yang semua faham, makan dengan porsi yang adil, dengan tidak memastikan tiada siapa harus mengemis. Ada banyak lagi yang boleh disambung di sini.

Kadang-kadang, kita terpaksa baring di lantai bila teman serumah sakit, memimpinnya ke atas katil. Perabot rumah perlu dipindah tempat juga, ini memerlukan perbincangan, konsensus dan kerelaan demi soal yang lebih besar (kita tidak di bawah bumbung yang sama).

Jadi, rumah ini bukan untuk dituani atau dituankan, ia untuk dikongsi dan sama-sama selalu diperbaiki. Yang Kanan mainkan peranan memastikan ia selalu terpelihara, yang Kiri mainkan peranan ia tidak menjadi sarang sikap -sikap primitif dengan merancang ubahsuai secara kreatif dan penuh kerukunan.

Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang