Skip to main content

Murtad Ideologi




Oleh: Benz Ali
Dalam mengulas filem The Joker terbaru, Nami Cob Nobbler mengatakan (dalam sebuah komentar di komen FB);

Aku bukan sayap kiri atau kanan. Aku ni sayap cinta. Lagipun bagi aku amatlah membosankan sekiranya kau tengok dunia ini dalam perspektif binari kiri-kanan, sedangkan hidup ini entah-berapa-dimensi tapi kau masih terperangkap dengan mentaliti modeniti yang one-size-fits-for-all. Enjoy movie sudah. Aku tengok je Joker tapi takde la lepas tu aku nak berhujah sambil bukak buku Das Capital tak sudah-sudah. Boring beb kalau terperangkap dalam ideologi ini. Baik borak dengan makwe pasal Sailormoon. Lagi seronok.

Inilah masalah aliran pop-popan ini. Yang hanya gemarkan hal-hal popular, ringan, “mudah”, dan tak perlu pikir sangat. Seolah-olah Christoper Nolan-Heath Ledger itu melakukan kegiatan seni mereka tanpa menggunakan otak. Seolah-olah Todd Phillips-Joaquin Phoenix berkarya itu sekadarnya dan main-main untuk aliran pop-popan ini melancap sahaja. Dan apabila kita serius membahaskan persoalan yang ditimbulkan, jawapan puak pop-popan yang selekeh ini,

“enjoy movie sudah”.

Ya. Benar. Pastilah kita enjoy. Tapi pastilah kita enjoy bukan dengan bermain kote sahaja. Atau bermain punai sesama sendiri, dan berharap akan terhasil anak. Pastilah tidak sama sekali. Jika sekadar hendak enjoy dan tak perlu pikir, elok kita tengok drama yang dihasilkan anak-anak Melayu pukul 7 petang menjelang maghrib itu. Pastilah tidak memberatkan kepala otak. Dan itu percuma, serta mudah. Tidak perlu permainan ekspresi dan pemerihalan latar dan konteks. Cukup office, papa, mama, kahwin dan mampus!

Pastilah kita mengeluarkan duit dari kocek kita, sama ada untuk membeli buku atau membelanja kekasih menonton wayang, pastilah kita hendak membaca atau menonton sesuatu yang bermutu. Yang ada benda menarik untuk disembangkan.

Inilah masalah murtad ideologi. Jadi celaru yang tak menentu. Sekejap begini, sekejap begitu. Sekejap anarkis bahasa. Sekejap lagi nak jadi konservatif. Punai sungguh.

Berdasarkan carian saya di portal The Patriots, ada tujuh artikel dikeluarkan oleh The Patriots tentang The Joker – watak villain yang paling seru dalam Batman Universe ini. So, siapa yang terlalu serius dalam membincangkan hal ini?

Bila kita membaca tulisan Nami dengan teliti ini, dan membandingkan dengan tulisan kumpulan yang disertainya, kita akan mendapati kecelaruan yang serius menimpa mereka. Tulisan Nami adalah persis gaya tulisan Saiful Nang yang membakulsampahkan semua fiksyen moden. Menjawab Saiful Nang, pada 2 Jun 2016, dalam page FB The Patriots, bertajuk SAIFUL NANG BUAT HAL LAGI.

Kali ini berkisarkan kononnya sesiapa yang menonton anime macam Dragon Ball menghidapi sindrom anak manja. Saya memandang kenyataan Saiful Nang ini sebagai tuduhan bahawa kita semua yang masih ralit menikmati Anime sehingga hari ini sebagai berjiwa kanak-kanak. Seriously Saiful Nang?

Bahkan tulisan membidas kedangkalan Saiful Nang itu turut memperkatakan tentang fiksyen keluaran DC ini;

Kalau anda seorang peminat siri artikel Gotham saya di page The Patriots, anda tidak akan hairan dengan kenyataan saya. Sebagai contoh, naskhah Batman akan membincangkan tentang banyak penyakit-penyakit psikologi yang wujud pada diri manusia yang boleh membawa manusia tersebut menjadi seburuk-buruknya manusia. Sebagai contoh, The Riddler dengan penyakit narcissistic disorder, Harley Quinn dengan Relationship obsessive-compulsive disorder, Poison Ivy dengan Delusional Companion Syndrome dan Paranoid Personality Disorder (PPD).

Tema-tema yang dibangkitkan dalam karya sedark dan sedalam Batman yang saya sebutkan di atas cukup untuk memberitahu kita bahawa karya-karya yang kita pandang sebagai “kartun” ini sebenarnya jauh lebih berat dan penuh dengan falsafah. Mereka yang mampu menikmati karya-karya seberat di atas saya kira ialah orang-orang yang mempunyai IQ yang tinggi.

Menyorot pandangan mereka ini, melalui ‘terowong masa’, kita akan mendapati, sesuatu itu hanya dipandang berat dan serius jika melalui lensa dan kena dengan selera tekak mereka. Tetapi jika sesuatu itu (seperti Joaquin Phoenix) meludah ke muka mereka, terus mereka akan katakan, "it just a movie", "Enjoy movie sudah".

Bahkan Ayman Rasydan sendiri memberi kata pengantar untuk buku Zamir Mohyedin, Alegori Naruto itu. Betapa budaya popular bukanlah sesampah atau sesengal yang Nami fikirkan, iaitu tak perlu fikirkan.


Tidak ada apa benda yang baru pun.

aku bukan sayap kiri atau kanan. Aku ni sayap cinta.

Ini adalah salah satu yucckk dari banyak-banyak yucckk yang Nami karutkan. Dan yucckk ini sangat geli geleman. Bukan sayap kiri, atau kanan. Aku ini sayap cinta. Kita baca berulang kali pun, kita tetap rasa yucckk. Kita tak boleh fikir benda lain selain hanya, yuck.

Bukan sayap kiri, ertinya dia sudah tidak percaya lagi ideologi yang pernah dia kucupi dulu. Lantak pi kat dia lah. Semua orang berhak menukar apa pun, jika dia punya hujah.

Bukan sayap kanan pula?

Ini yang kacaunya kepada seorang Nami –yang entah berantah namanya mana satu – jika kita membaca tulisan di FB dan kritikannya kepada leftist, dia mahu balik kampung, menjadi Melayu kembali (kenapa sebelum ini dia Batak ke?) bukankah itu telah pergi ke kanan?

Ataupun Kanan dia adalah Kiri, dan Kiri dia adalah Kanan seperti tafsiran Helmy Effendy –yang sangat celaru- iaitu Kiri itu Liberal? (ini akan diulas dalam artikel lain).

Elok dia berguru sahaja dengan Ayman Rasydan Wong itu yang berterus-terang mengaku sebagai Konservatif. Atau Helmy sendiri yang mengaku sebagai Konservatif. Ultra tak ultra satu bab lain, tapi mengakulah dulu. Cuma penafsiran spektrum Kiri-Kanan dia sangat stupid.

Jadi tak jelas, apa benda dia ni, Kiri pun tidak, Kanan pun tidak. Dia malu nak kata dirinya adalah konservatif yang liberal – suka melepak dengan liberal-liberal di Starbuck, di Bangsar, di Publika, kemudian merasa rendah diri dengan libertad-libertad itu. Tak pernah pula kita dengar ahli PSM yang pergi melepak dekat tempat-tempat elite sebegitu.

Kemudian dia mengatakan, dia ini sayap cinta – yuck.

Inilah padahnya murtad ideologi. Jadi merapu tak ketahuan.

Ia bukanlah sesuatu benda yang baru atau pertama kali keluar dari mulut atau pancutan Nami. Nehi. Tidak. No! Tiada apa yang baru pun!

Rumi telah mengatakannya. John Lennon telah memuzikkannya. Hippies telah menggerakkannya. Jadi apa benda yang barunya? Tidak pun. Tiada apa benda lagi yang baru.

Dia mengatakan bahawa, Soviet telah jatuh, blablablablabla.., suruh orang pergi kerja macam biasa, blablablablabla, ingat senang ke jadi kapitalis, itu semuanya bukan pandangan baru pun. Itu pandangan yang dikitar-kitar semula. Itu pessimism-liberal shit. Kemudian ditambah-tambah, post itu, post ini. Itu sahaja.

Kenapa, kalau dunia ini hendak hancur binasa esok pun, jika ada orang mahu tanam pokok pun kenapa? Biarlah dia dengan optimismenya. Biarlah dia dengan ideologinya. Dengan Kirinya.


Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang