Skip to main content

(Think About It!) Review Joker Dari Tong Sampah



Oleh: Abdullah Hadi
Bila menonton The Joker, ramai orang berfikir dia adalah Joker. Lalu Arthur Fleck sangat gembira bila demonstran anarkis mengenakan topeng muka Joker sebagai protes jalanan dan Joker disimbolikkan sebagai simbol perlawanan kelas pekerja, marhaen melawan kelas borjuis penindas.

Saya bukan orang filem, malah tak tahu apa pun sangat soal ini. Cuma saya ada membaca/menonton beberapa siri tentang Joker. Yang saya tahu, Joker sangat ramai dan seolah-olah Joker adalah figura umum bagi kaum tertindas. Dan tak lupa, Joker yang memang baik dan terus buat baik seperti Joker yang pernah difilemkan di Bollywood. Dan Joker-joker lain adalah lebih dari tiga yang saya tahu tidak termasuk Jokermin. Semuanya ada sejarah silam yang buruk. Cuma perbezaan yang paling besar adalah mungkin intelligence atau juga penampilan atau sedikit naratif atau sedikit bentuk tindak balas ke atas penindasan. Jadi sebenarnya Joker ini yang sebenarnya bagaimana?

Saya rasa ia adalah cuma simbolik manusia yang ramai dengan apa yang dia ingin jadi setelah dia ditindas. Seolah-olah ia selalu memberitahu orang-orang tertindas bahawa anda semua adalah genius yang diabaikan. Anda cuma bukan populis. Anda cuma bukan kaya, anda cuma miskin atau mungkin anda cuma tidak memiliki rupa yang baik. Dan jika anda di pihak bernasib baik, perjalanan anda tidak sama malahan anda akan jadi jauh lebih popular, genius, hebat dan segala macam kebaikan. Tapi titik persilangannya berada pada sebuah tanda soal. Bagaimana aku ingin menjadi seperti orang-orang yang bernasib baik dalam keadaan aku tidak bernasib baik? Jadi solusinya adalah revolusi. Anda harus melawan. Tapi masalahnya anda akan kalah jika melawan dengan sifat, keberadaan lahiriah anda yang begitu. Maka anda perlukan satu instrumen.

Dalam The Joker (2019), satu tahun sebelum era kereta terbang, titik naratif paling penting bagi Arthur Fleck dalam perubahan watak baik kepada jahat adalah ketika mana dia diberikan pistol oleh Randall (tak betul pasti nama ini) untuk melawan. Ini adalah instrumen melawan bagi kondisinya yang lemah dan tidak berupaya mempertahankan diri dengan tenaga.

Namun Arthur yang tidak biasa menjadi jahat, bukan semudah itu untuk menjadi jahat atau menembak. Ia pastinya mula bermain dengan angan-angannya. Itu kesempurnaan plot bagi saya. Yang ia perlukan saat itu adalah ‘spark’. Dan ‘spark’ yang diwujudkan dalam filem ini, yang paling utama adalah Randall. Dia (Arthur) terjatuh pistol ketika sedang menghiburkan pesakit di wad kanak-kanak dengan lagu “if you’re happy”. Scene sempurna. Kemudian dia dipecat kerana alasannya tidak wajar yang menyatakan bahawa pistol adalah prop persembahannya. Walhal dia menyembunyikan nama Randall di balik tragedi itu. Dan Randall pula memberikan keterangan bahawa Arthur benar-benar berniat jahat. Dari sinilah ia berubah dan punya keberanian untuk menembak tiga orang yang membulinya.

Dalam filem, apa yang sangat saya titikberatkan adalah cinematography dan skrip. Naratif atau perjalanan cerita mungkin tolak ketepi dulu. Sebab kenikmatan ada pada setiap scene dan pertuturan lebih utama dari naratif.

Jika ada yang rasa filem ini terlalu perlahan, saya rasa sebaliknya. Ia terlalu cepat. Sehinggakan jika saya memejam mata beberapa saat, saya tidak dapat menangkap apa yang ingin disampaikan dengan jelas secara keseluruhan. Jadi ia perlukan fokus setiap detik. Ada dua perkara yang saya rasa memang dibuat supaya manusia bercakap-cakap tentang filem ini. Antara ia dikaburkan atau ia dicepatkan atau saya lebih percaya supaya manusia mencipta persepsi.

Pertama, krisis identiti Arthur sendiri. Antara dia adalah benar-benar anak angkat kepada Penny Fleck dan Thomas Wayne (ayat Batman dalam siri lain) atau anak kandung. Kalau melihat secara literal, dia adalah anak angkat yang didera. Tapi kalau diikuti siri-siri Joker yang lain, ia lebih complicated/rumit untuk menjelaskan. Seolah-olah ia membuka satu ruang fikir, mungkin sahaja sejarah hidupnya digelapkan sebab watak Penny dan Thomas adalah meragukan untuk dikatakan baik. Dan pastinya berpotensi untuk membuat sebuah kenyataan salah serta lebih-lebih lagi Thomas Wayne adalah orang berpengaruh dan kita semua tahu bahawa pengaruh boleh memutar banyak fakta apalagi cuma sebuah dokumen.

Kedua, janda perempuan negro yang mengacukan jari sebagai pistol di kepala. Ada wujud scene ilusi dan realiti yang seakan dikaburkan. Seolah-olah ia adalah persoalan yang perlu difikirkan dijadikan konspirasi. Jadinya, saya rasa kalau melihat kepada keseluruhan dua hal ini, ia merupakan scene-scene penting di mana “filem yang berjaya adalah filem yang banyak orang mempersoal tentangnya.” Dan ia adalah produk kapital. Kahkahkah. Dan saya percaya, seni lebih besar kepada alat kapital untuk mengaut keuntungan dengan pemaparan naratif-naratif marhaen. Ini dakwaan, boleh disangkal. Dan sebenarnya terlalu banyak untuk ditulis tentang cerita ini. Cuma saya pendekkan. Seterusnya, saya cuma ambil ‘quote’ dari filem ini.

Yang paling popular saya lihat adalah “selama ini saya berfikir hidup saya adalah tragedi, tetapi sebenarnya ia adalah komedi”. Pengungkapan ini saya lihat mirip kepada kata seorang filosof, Friedrich Nietczhe (memori lemah dan mungkin ejaan salah eja dan sampai sekarang saya rasa, saya tak boleh eja namanya dengan betul). Nietczhe menyebut atau dengan mafhum yang lebih kurang “jangan bersedih bila anda mendengar tentang perkataan penindasan. Dalam hal ini mungkin ada sesuatu untuk diimbang atau dikurangkan atau mungkin untuk diketawa.” Jadi Think about it! Dan fikir apa yang anda perlu jadi.

Saya rasa memori saya sangat lemah untuk ingat semula quotes yang saya percaya lebih berharga dalam filem ini berbanding pengungkapan itu walaupun pengungkapan itu merupakan sebuah tema quote. Cuma ada beberapa yang saya ingat, “bila saya kecil, saya memberitahu bahawa saya ingin menjadi pelawak dan semua orang ketawa. Sekarang, bila saya jadi pelawak mereka tidak ketawa”. Kedua yang tak berapa jelas kata Thomas Wayne atau maksud lebih kurang “gagalis adalah Joker”. Kedua ini saya rasa lebih bermakna. Tapi tetap rasa ada lagi yang lain, yang saya tak ingat. Mungkin ada sesiapa boleh ingatkan saya.

Keseluruhan saya rasa filem ini baik. Saya tak tahu nak bagi rating sampai sepuluh atau sampai lima sebab takut orang tanya satu untuk apa, dua untuk apa. Saya tak reti nak jawab. Cumanya ia sebuah filem “to enjoy and to think” dan ia baik sempurna atau kalau tak ada yang sempurna saya rasa “almost perfect.”

Saya sebenarnya nak tulis banyak juga pasal falsafah. Eksistensialisme, escapism, hedonism, materialisme dan macam-macam. Tapi saya rasa macam tak patut seperti kata orang “tak real siang hari pegang tukul, malam hari bahas politik.” Jadi saya mudahkan dan ini paling baik buat saya kot.

Cumanya saya rasa tak ada siapa pun perlu jadi Joker. Sebab Joker sudah terlalu ramai. Filem pun terlalu banyak yang mirip karekter Joker. Di seluruh dunia, Hongkong, India, US, UK dan macam-macam. “Depression is cool as long as we know how to laugh and not to oppress others”.

Terbayang pakar psyktiari (eja salah) yang cuma bagi ubat dan tak boleh buat apa-apa. Pada saya itu adalah juga kritik yang besar bahawa tiada sesiapa yang mampu mengubat kamu jika kamu tidak mahu sembuh. Dan perkhidmatan itu terpaksa dihentikan sebab kewangan. Mungkin masyarakat tidak begitu kisah soal ini. Dan Arthur pula tetap tidak boleh diklasifikasikan sebagai 100% adalah pesakit mental sebab kebanyakan scene yang ditampilkan adalah kabur seolah-olah, pengarah ingin menyatakan “Think About It!” Dan penyelesaian kepada depresi yang paling utama bagi saya secara peribadi adalah self-immune. Sebabnya saya rasa pakar psyktri sendiri tak ramai dan volunteer pun akan jadi tak ramai jika terlalu ramai orang depresi. Itu tak termasuk kes yang terpencil. Mungkin orang tidak setuju tapi bagi perlawanan itu mula dari diri sendiri.

Akhirnya kepada pengarah, yang saya difahamkan, dia adalah pengarah yang popular dengan komedi, saya bagi lima bintang. Dia lebih genius dari Joker. Dan ia sangat baik memainkan kata “dari tragedi kepada komedi” walhal konsep asal yang saya percaya adalah “komedi kepada tragedi”. Dan saya rasa pengarahnya sendiri letakkan dirinya dalam cerita ini sebagai Murray. Ya Murray yang bagaimana sifatnya?

Filem ini mudah untuk ‘direview’ dan semua boleh ‘review’.



Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang