Skip to main content

Sasterawan Negara? Apa benda tu?



Oleh: Benz Ali


Kecoh. Telah kecohlah seantero Malay Archipelego dalam lingkungan Tanah Melayu dan Sabah Sarawak (mungkin juga orang Borneo tak ambik pot sangat pun, sebab mana ada orang mereka pun yang pernah jadi SN, kahkahkah).

Jadi apa benda tu Sasterawan Negara atau Anugerah Sasterawan Negara tu?

Entahlah. Kau pergilah Google sendiri.

Yang pastinya, Anugerah Sasterawan Negara itulah yang melahirkan Sasterawan Negara. Hehe. Simple semantik. Jika tidak ada Anugerah Sasterawan Negara, adakah seseorang itu boleh menggelarkan dirinya Sasterawan Negara? Kehkehkeh. Kau jawablah sendiri.

Tapi apa pentingnya Sasterawan Negara ini pada kita pun? Kalau tak pada kita pun, pada kau, pada aku?

Entahlah.

Buku-buku mereka ini banyak mendapat sponsor pemerintah. Itu pun masih tak laku-laku. Sementara penulis lain, penerbit lain, bersusah-payah bersengkang mata menulis, menerbit dan menjual, hidup sendiri, mati pun sendiri, dan tidak lama kemudian dicemburui para sasterawan yang mendapat sponsor pemerintah. Kahkahkahkahkah kahkahkah.

Kahkahkahkah lagi sekali.

Tatkala Sasterawan Negara yang sudah berapa belas, dan berpuluh tahun merdeka, sampai UMNO-BN pun dah tumbang, Bahasa Melayu masih caca merba di kalangan rakyat jelata. Jadi apa faedahnya Sasterawan Negara ni?

Orang putih kata, you tell me.

Pemilihan Sasterawan Negara pastilah lebih ketat atau sama lebih dengan pemilihan Hokage. Iaitu sepanjang Siri Naruto yang membawa sampai ke Siri Shippuden hanya ada 8 Hokage. Maknanya susahlah. Begitu jugalah Sasterawan Negara ini yang bukanlah dipilih setiap tahun seperti Anugerah Juara Lagu, yang mana setiap tahun mesti ada lagu yang bergelar juara. Walau tak best mana atau sampah mana pun lagu-lagu dalam tahun itu, mesti (dalam nahu Melayu, mesti = Wajib dalam Bahasa Arab) ada lagu yang jadi juara. Bagaimanapun, Anugerah Sasterawan Negara tidaklah sebegitu sampah, kita harus akur.

Tapi apa faedahnya Sasterawan Negara ini?

Semua orang berlomba-lomba untuk menjadi Sasterawan Negara. Kalau dalam Bahasa Indonesia, lomba adalah pertandingan. Lumba adalah perkataan yang digunakan di Malaysia. Sementara ikan lumba-lumba tidak ada kena mengena dalam hal ini.

Penulis tidak semestinya sasterawan. Kerana sasterawan ini lebih berbunga-bunga dan bermuluk-muluk serta berpusing-pusing dalam tulisannya. Tetapi sasterawan itu mestinya seorang penulis. Jika tidak bagaimana dia nak berpusing-pusing?

Dan untuk menjadi ahli kelab Sasterawan Negara mestilah sasteranya tak boleh radikal sangat. Mestilah kuat ehem ehem. Ya, dan mesti berpusing-pusing.

Ya. Pasti kau yang nak menyanggah tulisan ini akan menyebutkan beberapa nama, seperti Keris Mas, Usman Awang, Shahnon, A. Samad Said dan titik.

Keris Mas dan Usman Awang, ada zamannya. Shahnon pun sama, A. Samad Said pun sama. Mereka mendapat gelar Sasterawan Negara itu, pada awal-awal pemerintahan si tua kutuk itu. kihkihkih.

Tapi selepas itu, siapa yang sangat kritikal dengan pemerintahan si tua kutuk itu, tidak diberikan tempat yang wajar. Seperti Azizi Hj. Abdullah. Dia juga penulis banyak karya. Tetapi kerana kedekatan dan kecondongan dan kecenderungan dan selera beliau lebih pada oposisi pada masa itu (PAS) menyebabkan beliau tidak mendapat anugerah itu.

Yang lebih diam, taat dan patuh yang lebih mendapat anugerah.

Kalau kita perhati secermat yang boleh, kebanyakan sasterawan yang mendapat gelar Sasterawan Negara itu, ketika dia mendapat gelar itu, kecenderungan politiknya masih belum jelas. Shahnon Ahmad hanya menjadi calon dan menang sebagai wakil PAS di Sik selepas lama dia menjadi SN. Begitu juga Pak Samad Said yang menganggotai komite Bersih dan DAP selepas lama beliau menjadi SN. Bukan sebelum itu.

Prinsip yang sama juga digunakan terhadap untuk barangsiapa yang hendak dilantik menjadi SN selepas dari mereka. Sama. Jika mereka akan mengkritik kerajaan sedia ada selepas dari mereka menerima SN, maka seperti tulis Raja Ahmad Aminullah dalam tulisannya, bahawa inilah penyakit atau sindrom ayam pencen. Hanya berkokok selepas pencen. Bukan sebelum dari itu.

Kerana pastinya, sebelum dari itu jika mereka bersuara, pastilah ayam-ayam ini akan disembelih hidup-hidup..

Ada juga yang jenis flip-flop (dan inilah wajah sastera/wan kita sebenarnya) yang dulunya mencaci-maki si tua kutuk itu, dan kininya mengangkat si tua kutuk itu. Selain Pak Samad yang menulis Dirgahayu Mahathir, Faisal Tehrani atau nama pendeknya FT juga tak kurang dalam berbuat hal sebegitu. Mungkin kerana si tua kutuk itu telah membelai perut ayatollah Mat Sabunya dan menjadikan Mat Sabunya itu sebagai Menteri Pertahanan, menyebabkan pengarang pro Syi’ah-Iran ini, kembali mendewa-dewakan Mahathir sehingga mengatakan, jika Tun Fatimah ada hari ini pun, dia akan menyokong Tun dari Kerala itu.

Celaka punya sasterawan kita. Sasterawan marginal kepala hotak mereka. Kebanyakan kita ini berdarah pencacai, hamba kepada Portugis dan sultan-sultan fasik. Sasterawan-sasterawan kita ini sepertinya Syi’ah* yang menjemput Imam Hussain untuk datang ke Iraq(?) akhirnya meninggalkan Imam Hussain yang kemudian disikat habis oleh gerombolan Yazid. Maknanya pengecutnya dan oportunisnya sasterawan kita, termasuk yang kononnya selalu bersurah untuk kaum marginal tetapi hipokrit bahkan jauh panggang dari api.

Sasterawan kita hampir kebanyakannya bersifat pencacai sahaja. Tidak ada apa-apa pun yang boleh dipegang dari mereka. Jika mereka tidak diam, mereka akan menjadi suara untuk meng-endorse pemerintah sedia ada.

Kegilaan pada kepengampuan itu sangat terlihat jelas pada wajah sastera kita, warnanya sangat mencolok sama sekali. Jika mereka tak berlegar-legar sekitar Rumah Pena, mereka pasti sedang duduk mengumpat dan menjatuhkan sesama sendiri, melobi untuk mendapatkan anugerah-anugerah tak berfaedah itu. Jika mereka tidak duduk di situ, mereka pasti sedang menghantar karya puisi mereka yang tak habis-habis ke ITBM untuk dijual murah/lelong pada hujung tahun. Inilah wajah sastera kita. Hidup segan, mati tak mahu-mahu, kemudian berharap pada duit rakyat yang membayar cukai untuk menanggung karya mereka yang haram tak menyinggung dan tak berfaedah sekupang pun pada kehidupan pembayar cukai. Mereka sungguh elite dan terpisah dari permasalahan rakyat jelata.

Inilah sastera/wan kita.

*Bukan semua Syi’ah begini. Seperti bukan semua Sunnah (Sunni) begitu.

Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang