Skip to main content

Membalas ZF Zamir, Maszlee Malik dan Persoalan Baucar Buku.




Oleh: Benz Ali

Membaca tulisan ZF Zamir yang masih lagi menggedik-gedik dan merengek-merengek dan memetik-metik nama tokoh sehebat Paulo Freire dengan bukunya Pedagogy of Solidarity, seharusnya membuatkan kita merasa geli-geleman atau tekak kita rasa meloya dan nak termuntah. Selepas muntah itu mungkin kita harus kutip atau sapukan dengan kertas dari buku Sekolah Bukan Penjara atau Berlari Dari Pejabat KPM (haha). Beliau seharusnya berhenti memetik nama tokoh-tokoh besar yang tak sepadan dengan perilakunya yang hipokrit lagi oportunistik.

ZF Zamir masih lagi terkejut sehingga sekarang ini. Dia masih tak menyangka bagaimana kerjayanya dengan Maszlee di KPM sesingkat itu (20 bulan). Maka di artikel ‘Memahami ‘Pendidikan’ Versi Siti Kasim’, beliau masih lagi tidak mampu menyatakan apa yang belum dilakukan dan ditunaikan Maszlee. Beliau masih obsesif dengan Maszlee bahawa bosnya itu telah melakukan yang terbaik, sedangkan pada ketika yang sama bosnya itu masih bersetia dengan ayahandanya, Mahathir Mohamad.

Selain Tol Simpang Renggam yang tidak tertunaikan oleh Maszlee, PTPTN yang belum selesai sehingga ke hari ini (bahkan Maszlee mengatakan, ‘Apapun manifesto kata, kalau dah pinjam kenalah bayar’, disiarkan di Malaysiakini) banyak graduan tak dapat kerja, ada yang dapat kerja tapi tak setimpal, hutang pelajar menebal, kerta tak ada dan universiti-kolej masih ambil intake, bahkan Baucar Buku juga sudah tidak diberikan lagi era kerajaan baru - PH.

(Dan ketika ZF Zamir berhempas pulas mempertahankan bosnya itu, konon bosnya itu sangat pedulikan orang miskin, jangan kita lupakan juga yang bosnya itu juga pernah menghina penerima BR1M)

Berlari dari Jogja Singgah Sebentar Ke Frankfurt
ZF Zamir bukan tak biasa pergi ke Indonesia, bahkan banyak kali ke Frankfurt. Dia bukanlah orang yang asing dengan dunia buku. Tapi malang 1000 kali, meskipun dia pernah terlibat dalam syarikat buku Thulul Cetak, dia masih gagal untuk memahami kepentingan kerajaan untuk campur tangan dalam dunia buku ini. Maka di era Maszlee memerintah KPM, Syarikat Utusan terpaksa mengadakan jualan lelong murah buku mereka, saiz ITBM yang dikecilkan, juga penerbit-penerbit baru yang melingkup. Sebelum ini, scene buku hidup berkembang besar antaranya seperti DuBook Press yang mencapai keuntungan hampir RM1 juta ringgit di PBAKL, berkat Baucar Buku. Disebabkan Baucar Buku sudah ditarik balik, maka syarikat itu kerapkali mengadakan jualan tutup kedai.

Jadi di sini menunjukkan Baucar Buku adalah persoalan maha penting dalam menghidupkan dunia perbukuan, meskipun ia mempunyai proses dan karenahnya tersendiri.

Ketika penulis sampai ke Indonesia Februari tahun lepas, dan berjumpa teman-teman seangkatan di sana, mereka agak terkejut dengan beberapa benda yang pernah berlaku di Malaysia seperti BR1M dan Baucar Buku. “Apa bantuan sara hidup pun sudah diberikan di Malaysia?” “Apa, untuk beli buku pun diberikan biaya oleh pemerintah?” Mereka agak terkejut dengan hal ini. Meskipun di Indonesia gerakan Kiri dan buku-literasi mereka 1000x lebih maju dari Malaysia, pemberian atau tunjangan hidup dan biaya untuk pembelian buku, belum disediakan pemerintah di sana. Ternyata hal ini adalah suatu hal yang progresif yang boleh dibanggakan kita di Malaysia.

Kempen air liur vs kempen material.




Maszlee bukanlah sang Nabi, atau ideolog yang menceramahkan ideologi seperti Ali Syari’ati. Jika dia seorang pensyarah di UIAM, kita boleh faham keperluan beliau untuk berkempen air liur. Kerana dia bukan menteri atau kerajaan. Tetapi apabila dia sudah menjawat jawatan sebagai menteri dan kerajaan, yang patut diusahakan adalah penaikan yang lebih dari kerajaan BN yang dituduhnya bobrok suatu masa dulu. Pastilah insentif yang diberikan beliau-PH lebih baik dan menarik berbanding ‘regim bobrok’ BN. Tapi bagaimana dia boleh mendakwa dia terbaik jika dia sekadar berkempen air liur dan meletakkan mukanya besar di billboard berserta puisi?

Adakah mana-mana penulis mahu menulis lagi jika karyanya hanya bernilai RM0.50 sen sehingga RM1? Ataupun seperti yang ditulis oleh Johan Jaafar bahawa royalti bukunya terbitan DBP dibayar dengan harga yang sangat ciput sekali dalam tempoh 5 tahun? Apakah kebanggaan menjadi penulis lagi? Semua penulis pastilah malu hendak memberitahu ibu ayahnya, kekasihnya atau anaknya yang karyanya bernilai serendah itu. Pastilah ibu dan ayahnya menyuruh jual goreng pisang lebih ada standard dari menulis buku. Dan jika penulis tidak menulis, akankah wujud penerbit buku? Jadi jika tidak ada buku untuk diterbitkan, APA JADAHNYA KEMPEN BILLBOARD sebegitu?

Nah sekarang, bila tak ada Baucar Buku, semua orang terkial-kial. Nak kerja, kerja macam tak ada. Gaji pula rendah. Nak bayar PTPTN lagi. Nak makan lagi, nak bayar sewa rumah lagi. Nak beli buku celah mana? Kerana itu kita katakan kempen membaca billboard Maszlee tak ada faedah sekupang pun jika sekadar kempen air liur. Orang nak membaca apa? Nak membaca buku. Adakah buku itu boleh diambil di kedai secara percuma? Kena bayar. Kena bayar pakai apa? Pakai duit. Duit nak ambil dekat mana kalau semua kena cekau dengan State je tak habis-habis? Ha itulah. Nampak ke tak lagi ni? Faedah Baucar Buku ni kepada semua orang. Bukan kepada penerbit-penjual buku sahaja, tetapi kepada SEMUA.

Kerana itu kerajaan PERLU masuk campur dan menyuntik DUIT (BUKAN AIR LIUR) yang banyak untuk industri buku ini hidup dan berkembang. Rugi pun rugilah, yang penting nak bagi anak bangsa pandai kan? Seorang ayah yang bertanggungjawab itu akan fikir bagaimana nak bagi anaknya jadi pandai meskipun ia rugi. Atau adakah kita lagi suka ayah kita membuat bisnes dengan kita, yang perhitungannya adalah untung rugi semata-mata? Disebabkan ada kebarangkalian menghantar kita ke sekolah, kita akan tetap jadi bodoh dan kerja biasa sahaja, maka elok tak perlu hantar kita ke sekolah dan tak perlu bagi duit belanja? Begitukah?

Dan itu yang dilakukan oleh Najib yang dikatakan bobrok itu, memberi Baucar Buku kepada anak bangsanya duit ringgit untuk membeli buku. Maka industri buku yang sangat perlahan ini boleh hidup di zaman gadget membiak. Bukan sekadar kempen air liur.

Akhirnya.
Maszlee Malik beberapa bulan lepas sebelum beliau dibuang, mengatakan beliau akan memberikan Pendidikan Percuma (hapus PTPTN) dalam (se)penggal PH ini, iaitu sebelum 2023. Tapi penulis menilai itu sebagai cakap orang politik atau suatu pembohongan. Tol Simpang Renggam yang tak memakan kos seperti PTPTN pun belum mampu dilunaskan beliau, termasuk juga Baucar Buku yang lebih mudah dan patut boleh dilaksanakan pun gagal ditunaikan beliau apatah lagi nak berikan Pendidikan Percuma yang pastilah akan mencabar dasar PTPTN Mahathir.

*Artikel ini ditulis oleh penjual-penerbit (Benz Ali/REPUBLIKBUKU) yang tidak mendapat-tidak menggunakan Baucar Buku sama sekali.

Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang