Skip to main content

Penulis Pelacur dan Sarjana Upahan



"Sentimen kebangsaan, imperatif kuasa dan pelbagai kepentingan boleh dengan mudah mengaburi mata intelektual, sama ada menjadikan mereka apologis rejim yang zalim atau menjadi minda upahan kelompok yang bergerak untuk mencapai agenda tersendiri di mana-mana pihak.
"..Kejujuran intelektual amat mudah disebut, sama mudahnya dengan seseorang intelektual tergelincir dari jalan yang benar kerana pelbagai faktor, daripada ego peribadi hingga kepada kepentingan-kepentingan lain."
(Haris Zalkapli dalam Politik Pop pada esei, Intelektual, Politik dan Minda Upahan)

Ada banyak hal yang perlu dilakukan sekarang. Di ranah yang kekeringan aktivis, ketandusan idea, intelektual yang tidak mahu turun bekerja dan oportunis yang membiak sebanyak-banyaknya, kerja menjadi sangat banyak. Tetapi hal ini jika tidak ditulis, ia akan membiak dan mewabak tanpa henti. Maka tidak dapat tidak, hal mustahak sebegini haruslah dipukul.

Penulis pelacur dan sarjana upahan sebegini sangat handal menyembunyikan kedok atau kepalsuan mereka. Mereka bersembunyi di sebalik jargon-jargon bombastik, atau perkataan-perkataan yang di-italikkan-  atau istilah Greek, cerita-cerita Yunani, Perang Tiga Negara dan pelbagai lagi, tujuannya untuk melegitimasikan surah-surah kepalsuan yang hendak dikisahkan. Keluasan mereka membaca tidak dinafikan, dalam masa yang sama pengetahuan mereka itu berbalik menjadi fitnah dan tipudaya yang mereka lemparkan kepada masyarakat. Mereka seperti ulama’-ulama’ yang mencari makan dengan nama agama, nak pro ke mana sahaja mereka bisa, kerana mereka mempunyai segudang atau bergudang-gudang ilmu pengetahuan dan seni retorika untuk mengabui mata masyarakat. Inilah definisi kepada penulis pelacur -sarjana upahan .

Dalam buku Tumit Achilles, Khalid Jaafar tak ubahnya sama seperti Hisyam Rais, tak ubahnya sama seperti Faisal Tehrani, iaitu sarjana upahan. Saya pernah membaca sehingga habis Tumit Achiles. Dan berhasrat untuk mengulanginya lagi sebelum ini. Dalam buku "monumental" Khalid Jaafar itu, berkali-kali ia memukul Mahathir ibaratnya Mahathir itu tak guna satu sen pun dan sampah belaka. Khalid Jaafar langsung mengangkat Anwar bak dewa Zeus. Saya akan sertakan kepilan-kepilan tulisan beliau dalam penyanjungan dan penghinaan berlebihan terhadap Anwar dan Mahathir dalam edisi editan kemudian. Saya tak sempat mencari bukunya sekarang.

Lebih hina Khalid Jaafar atau biasa disebut Pak Khalid oleh teman-teman liberalnya adalah tiadanya kesetiaan pada ideologi. Inilah masalah paling utama kepada penganut “ideologi” liberal – jika liberal boleh dikatakan sejenis ideologi. Kerana kebanyakan mereka tidak setuju bahawa liberal itu adalah ideologi. Ideologi selalunya lebih dikaitkan pada Kiri. Kerana ketidakpunyaan kesetiaan itu (loyalist pada ideologi) maka dia sanggup memukul bekas tuannya ketika bekas tuannya di saat yang paling lemah. Dia sanggup pergi kepada musuh tuannya dan menyerang bekas tuannya. Cuba beritahu, apa kesetiaan yang ada pada ideologi/ideolog pasaran bebas sebegini? Apa yang boleh dipegang dengan mereka? Tiada apa boleh dipegang.

Hal yang sama juga dilakukan oleh Isham Rais, iaitu banyak kali beliau mendewakan Anwar dengan kata Pak Syeikh, bahkan ada tulisan Isham yang sampai hendak mendirikan politik dinasti, memberi legitimasi kepada keluarga Anwar dan membandingkan dengan Benazir Bhutto.

Begitu juga dengan Faisal Tehrani yang saya menganggapnya sebagai sarjana upahan. Umum yang mengikutinya dengan cermat, membeli buku-bukunya, membacanya, bahkan lebih awal mengikutinya dari zaman Tehranifaisal.blogspot.com akan mengetahui bagaimana perjalanan dan perubahan pemikiran beliau. Dari seorang yang berpemikiran Syi’ah fundamentalist (walaupun istilah ini tak tepat dan dia sendiri pun tak mengaku) kepada Syi’ah yang lebih liberal. Kita boleh melihat bagaimana beliau sangat sensitif terhadap persoalan liberal seperti yang tercermin dalam tulisan-tulisan awalnya tentang filem Gubra dan juga novel Kombat 1511H beliau yang mana pernah beliau dikatakan cuba mengangkat watak Osama Laden dalam bentuk perempuan bernama Nusaybah, seorang bilionair philanthropist jihadist. Ini antara sebab saya menjejaki perubahan pemikiran Faisal Tehrani.

Tetapi perubahan pemikiran tiada masalah. Kerana manusia berubah. Dan ianya masih boleh didebatkan tentang mana yang lebih baik. Tetapi yang kita permasalahkan adalah sifat kepencacaian. Faisal menulis banyak kali tentang kepentingan dan keperluan penulis untuk mengambil sikap dan berpihak – kepada yang tertindas.

Dalam novelnya Cinta Hari-hari Rusuhan menaratifkan tentang pergolakan zaman mahasiswa yang merusuh terhadap perpolitikan sedia ada. Dan kini menjelang pemerintahan regim baru BN, Faisal menulis tentang jika Tun Fatimah hidup dia (Tun Fatimah) pasti akan bersama dengan Mahathir Mohamad. Ini adalah suatu kejelikan dalam kepencacaian beliau.
Terkini beliau menuliskan tentang “Saidina” (agak lunak beliau menggunakan terma ini) Ali Menolak “Reformasi”.

Sekiranya beliau mahu berpolitik, dia tak perlu bertaqiyyah dalam mencari tuan/tuhan baharu. Dia boleh lepas bebas menulis di era Najib. Selepas Najib kalah/hampir kalah, dia bergegas mencari penyelamat baru (bukan Imam Mahdinya) tetapi Mahathir Mohamad. Berhempas pulas beliau menjaja nama itu dan nama ini untuk menjustifikasikan sokongan politiknya. Dan terbaru dia mengheret “Saidina” Ali untuk ditampilkan berpedang dengan Anwar Ibrahim iaitu musuh ketat pada Mahathir Mohamad. Ini adalah suatu pelacuran oleh sarjana upahan sepertinya.

Sepatutnya sarjana yang selalu mengajarkan bersikap sepertinya haruslah menunjuk contoh terbaik pada masyarakatnya. Bukan menjadi sarjana pencacai yang hidup atas ehsan parti/patron politik.

Hujah saya dalam hal ini adalah seperti berikut;
(1) Saya tiada masalah pun untuk sesiapa nak pro kepada PH-Mahathir. Tiada masalah bukan dalam ertikata bersetuju, tetapi sedia berbahas di atas ketidaksetujuan.

(2) Bukan juga isu tak konsisten.. Seseorang itu pada satu masa, sokong dan berhujah untuk puak A, kemudian satu masa yang lain, selepas satu jarak masa akan sokong B, dan berhujah-memberi justifikasi untuk sokong B, saya tak ada masalah juga.. kita kena akui, semua berubah.

(3) Tetapi yang patut kita ada masalah adalah (A) yang selalu berubah-ubah, tiada pendirian tetap dan (B) ketika dia berubah menyokong pihak lain, dia tidak membuat satu perisytiharaan atau pemakluman akan perpindahan dan sokongannya terhadap pihak lain, yang mana hujah-hujahnya ketika menyokong pihak terdahulu yang diimani secara bulat oleh orang lain, nak campak ke mana?

Contohnya seperti Haji Hadi berbaik dengan UMNO dengan mengabaikan Amanat Haji Hadi, Hisyam Rais, Khalid Jaafar dan Faisal yang menyokong Mahathir walhal sebelum itu beria memaki Mahathir dengan berbakul hujah dan justifikasi intelektual yang dibuat mereka. Ianya samalah seperti yang dilakukan Anwar (padanlah dia menjilat semula ludahnya dan diludah para pengikut dan balacinya) apabila memaafkan musuh politiknya dalam sengketa 20 tahun tanpa apa-apa justifikasi bahkan tiada sekelumit permintaan maaf pun dari musuhnya itu.

Kesemua sialan ini terus sahaja melompat ke kem politik yang berlainan tanpa meminta maaf atau memberi maklum akan hujah-hujah yang ditulis secara bercetak pada buku-tulisan mereka.

Mengenangkan semua orang selalu bercakap tentang manusia berubah, maka saya akhiri dengan puisi yang ditulis sendiri tahun lepas, berjudul Pokok.

Pokok
Yang tidak berubah
Tetap bertabah
Tetap berbuah, berbakti
Semakin kuat hari demi hari
Semakin cekal tekal melindungi
Semakin kukuh mengakar membumi
Makin usiamu bertambah
Makin kau lihat banyak yang berubah
Seperti sesumpah yang menelan apa yang rebah
Atau haiwan yang makan apa sahaja meski bangkai
Tiada punya ketahanan untuk kelaparan
Tiada mampu bertahan untuk punya pendirian.

Tetaplah kau wahai pokok,
Tetap bertahan walau hujan panas mentari
Tetap memayungi mereka di sini
Tidak berubah sehingga mati
Atau berubah menjadi lebih berani.

Menentang intelektual masyarakat sampah,
Chow Kit Kiri,
2.10. 2018.

(dikarang oleh Benz Ali)

Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang