Skip to main content

Kritikan Pada Ustaz Noor Deros dalam Persoalan Muzik

 




Haramnya Muzik dan Perkara Yang Berkait Sekitarnya - Menyanggah Logik Falasi Ustaz Noor Deros (UND).

 

Oleh: Timor Jagat

 

Aku terpanggil untuk menulis tentang perkara yang agak hangat ketika ini melibatkan seorang Ustaz muda yang menjadi bualan di media sosial atas sanggahan kasar beliau terhadap fahaman Wujudiyah dan perkara-perkara sekitarnya.

 

Penulisan aku ini tidak akan mengambil keseluruhan penghujahan beliau di dalam siri-siri video yang tular di media sosial dan Youtube. Aku akan hanya mengulas dan mengupas sedikit sahaja apa yang aku rasa ada ketempangan dalam apa yang beliau  katakan dalam ulasannya di dalam video ini 


 

Perbualan antara penanya soalan dan UND bermula dengan pengenalan diri beliau, iaitu seorang graduan dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam pengkhususan Usuluddin dan Falsafah.

 

Kemudian, soalan ditanya iaitu mengenai peristiwa sambutan dari masyarakat Ansar terhadap penghijrahan Nabi SAW dari Mekah ke Madinah. UND ada menyatakan, apabila ditanya tentang hukum nyanyian dan paluan muzik semasa majlis sambutan itu. UND mengatakan itu digalakkan atas dasar meraikan sesuatu perkara yang besar, seperti menyambut seorang wira yang datang sesuatu tempat. Baik, khalas.

 

Seperti yang dikatakan, ianya digalakkan. Kalau ia betul digalakkan, mengapa selepas itu, UND mengatakan muzik ini pada hukum asalnya adalah haram? Ditambah atas sebab ia boleh mendatangkan kemabukan atas sebab dimainkan dengan alat-alat muzik tertentu seperti gitar dan seruling.

 

Apa yang menjadi kayu ukur sesuatu alat muzik itu menjadi haram kerana buatan hakiki dan fizikalnya? Kenapa gendang dan rebana tidak diharamkan seperti gitar atau seruling, kalau pada asalnya fungsi masih sama? Yang haram sebenarnya apa? Muzik secara hakiki atau alat muziknya?

 

UND ada mengatakan dengan menggunakan alat muzik tertentu seperti gitar dan seruling haram kerana cenderung untuk memabukkan. Siapa yang menentukan kenyataan ini? Adakah wujud kepastian dari pihak UND atau mungkin sumber-sumber ‘sahih’ dari UND yang mengatakan alat-alat ini PASTI menyebabkan kemabukan berbanding alatan yang diketuk seperti gendang dan rebana?

 

Aku nampak, jelas hujah dan qias yang cuba dibawa sangat falasi dan fatal. Dengan hanya berkira-kira dan berhujah dengan hukum yang sudah lama digunakan oleh ulama dulu (katanya Imam Ghazali), UND mengharamkan terus penggunaan alatan muzik ini.

 

Penanya juga ada menyebut tentang hujah dari seorang ulama Zahiri dari Andalusia, Ibn Hazm yang mengharuskan permainan muzik dan UND menjawab bahawa ia boleh jadi hujah ini berdasarkan fahaman ulama ini (mungkin beliau tujukan kepada Ibn Hazm, kerana memang spesifik ditanya dengan nama ulama ini) yang cenderung kepada hujah falsafah. Baik, khalas. Kalau betul ia adalah hujah falsafah, masihkah boleh dianggap muzik ini diharuskan, malah digalakkan? Dalam pernyataan ini seolahnya UND ingin mengatakan hujah berdasar pada falsafah Greek adalah salah dan cenderung untuk jatuh haram, mungkin kerana naturenya dari tamadun bukan Islam.

 

Apa jadi dengan pernyataan awal beliau yang mengatakan muzik ini digalakkan tadi? Adakah kerana ia berkait dengan Nabi SAW ia menjadi halal dan jika tiada kaitan dengan Nabi, walaupun muziknya bagus dan baik, cenderung untuk haram? UND perlu lebih jelas dalam membentangkan hujah. Kalau haram, perlu jelas dari segi apa, dan adakah haram total atau tidak. Kalau tidak total, dalam kondisi apa ia tidak haram dan menjadi harus. Lebih lagilah kalau dimainkan dengan gitar. Untuk pengetahuan, gitar moden hanya wujud pada kurun ke-13 sahaja, jadi aku rasa logiklah di zaman Nabi SAW tiada gitar pun, hanya alatan muzik tradisional tanah Hijaz yang dibawa dari kawasan sekitarnya. Itu akan jadi perbincangan yang lain tentang sejarah peralihan alat muzik.

 

Kalau UND merasakan muzik ini sesuatu yang tidak perlu dalam hidup dan ia bersifat peribadi, baiklah. Khalas. Silakan, jangan dengar muzik. Tapi adakah adil hendak menghukum ia menjadi haram dan cenderung membuat orang khayal dan mabuk hanya kerana minat mendengar muzik? Tolong jangan jadi terlalu dangkal dan bermudah-mudah. Apa yang UND buat ini adalah satu generalisasi tahap tertinggi yang hanya akan menyempitkan worldview masyarakat.

 

Muzik sudah menjadi wadah menyampaikan ilmu. Malah, muzik juga sudah menjadi salah satu cabang ilmu itu sendiri. Belajar dan mengetahui muzik secara umumnya dapat membuka minda masyarakat pada perkara yang lebih luas. Muzik boleh menjadi bahasa sejagat dalam menyampaikan maklumat secara langsung atau tidak langsung. Jangan sempitkan fikiran yang hanya bila mendengar muzik itu untuk berhibur dan terarah kepada perkara tidak baik. Come on UND, you better than this.

 

Tidak patut wujud isu evolusi muzik secara umum menjadi kepada wadah memperempuankan (istilah UND sendiri) kaum lelaki. Ini falasi bodoh namanya. Mengaitkan secara umum satu genre muzik kepada kesan yang khusus dan kompleks bukan benda yang bijak wahai saudara UND. Anda belajar jauh-jauh, falsafah lagi, takkan ini yang keluar dari pemikiran dan mulut anda. Kemudian, UND ada mengaitkan muzik juga menjadi wadah penyebaran doktrin Freemason melalui lambang-lambang dari album dan muzik Dewa 19 (spesifik dinyatakan dalam lagu Satu). Kalau betul UND adalah lulusan falsafah, takkan perkara tentang Freemason ini tidak diajar mana asal-usul dan tujuannya.






Aku tak tahu dari mana beliau mendapat idea sampai dengan begitu yakin mengatakan lagu itu jelas ada unsur Freemason, dan mungkin pluralisme agama. Lirik lagu itu adalah terinspirasi dari sajak-sajak Mansur Al-Hallaj yang terkenal dengan doktrin wahdatul wujud. Aku tak setuju tentang over-generalisation ini sebab terlalu bermudah-mudah mengatakannya tapi tak mengapa. Tapi apa aku nak sentuh adalah apa yang ada dalam imej-imej video itu tidak lebih dari satu aliran dan pergerakan seni avant garde yang dipanggil surrealism atau dadaism yang dimulakan sekitar selepas Perang Dunia Pertama. Ia tiada kaitan langsung dengan apa yang secara dangkal disebut oleh penanya dan UND sendiri sebagai Freemason. Lagi sekali, do your research.

 

Kemudiannya, perbincangan dari video ini melalut kepada realiti semasa yang memperlihatkan perubahan penyebaran ilmu melalu buku bergambar. Lagi sekali aku facepalm bila dengar, seolah itu adalah perkara yang tak elok, dan cubaan gagal UND yang mengaitkan dengan realiti semasa (kononnya) ini menjadikan kurang daya imaginasi dan penggunaan akal oleh masyarakat Islam. Apa benda yang UND mengarut ini? Kalau sudah adanya perubahan penyebaran ilmu dari berbentuk tulisan kepada lukisan bergambar, bukankah lebih mudah? Bukankah ini menunjukkan adanya evolusi berguna dan penggunaan akal yang jitu dalam mengubah cara menyampaikan ilmu? Tulisan, lukisan, penceritaan, muzik itu hanya form sahaja wahai UND. Penting sangatkah perkara ini sampai hendak nak dipersoalkan peranannya?

 

UND juga ada mengulas dengan mengatakan dengan muzik akan membuat orang menjadi lembik dan tidak tegas dalam berbuat apa-apa kerja dan keputusan, dan beliau memetik kata ini dari Ibn Qayyim.

 

Buat pengetahuan UND, negara-negara barat, dan mungkin yang paling dekat dengan kita adalah Jepun, budaya muzik semasa mereka sangat rencam dan bergerak laju. Setiap tahun akan ada sahaja pertunjukkan muzik dan konsert, yang mana ini menunjukkan betapa mereka meraikan muzik secara total. Tetapi, kemajuan mereka juga tidak boleh dipersoal. Pelbagai kemajuan dan invensi dari pihak mereka yang memberi manfaat kepada satu dunia. Jadi, mana buktinya yang muzik itu membuat manusia menjadi lembik dan hanya hendak berseronok?

 

Kalau ada keburukan yang nampak seperti disebabkan oleh muzik, salahkan pendengarnya, salahkan pemuziknya, jangan diharamkan disesatkan muziknya, Ustaz. Orang yang tak dengar muzik pun, yang haramkan muzik pun, masih berpotensi jadi jahat, Ustaz. Al-Qaeda, ISIS malah Hizbut Tahrir (contoh terdekat kita), adakah mereka meraikan muzik? Tidak, malah mengharamkan. Adakah mereka jadi baik dan menggunakan akal?

 

Ulasan ini akan jadi panjang kalau aku kupas komen UND tentang lirik-lirik M.Nasir, arwah Loloq dan S.Amin Shahab. Aku tinggalkan buat sementara waktu dan membiarkan persoalan dan mungkin sanggahan aku ini untuk dinilai. Mungkin ada kesempatan lain, dan aku ada idea untuk menulis, aku akan komen panjang lebar tentang perkara lirik itu.

 

Sebarang pendapat dan maklumbalas aku alu-alukan. Selagi kita boleh berbincang dengan sihat tanpa bermudah-mudah dalam menyesatkan orang lain, aku raikan sahaja walaupun aku tak setuju.

 

Terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang