Skip to main content

KENAPA BANTAH UEC?





Oleh: Qistina

Kejayaan parti komponen PAKATAN HARAPAN yang baru-baru ini telah memenangi Piliharaya ke-14 telah mewujudkan suatu persepsi dan harapan yang baharu buat rakyat Malaysia. Slogan 'Malaysia Baharu'  yang dicanangkan sejak dua menjak ini telah menjadi bualan ramai terutamanya buat penyokong tegar kerajaan PH.

Tetapi malangnya slogan hanya tinggal nama, Malaysia Baru yang dicanangkan oleh penyokong PH ini rupanya masih lagi tidak sedar bahawa Malaysia Baru ini hanyalah Malaysia yang lama yang di mana tidak ada apa-apa perubahan yang membawa dan menunjukkan kepada penubuhan Malaysia Baru.

Apa yang menggemparkan lagi, kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini iaitu Yb Maszlee Malik dengan tegasnya ingin meneruskan hasrat kerajaan PH dalam mengiktiraf sijil UEC untuk diterima dalam kemasukan ke Universiti-universiti Awam di Malaysia. Perkara ini menjadi satu tanda tanya buat kerajaan PH yang selama beberapa bulan ini menjadi sebuah kerajaan yang bersifat tiada pendirian dalam menunaikan janji untuk melaksanakan amanat manifesto yang telah dijanjikan. Suatu kemusykilan timbul apabila isu UEC ini sangat dititikberatkan oleh kerajaan PH padahal manifesto '100 hari' yang dijanjikan masih lagi tidak tertunai dan semakin kian membisu. Suatu contoh yang paling mudah iaitu isu penghapusan tol, penurunan harga minyak di bawah paras RM1.50 yang dahulunya menjadi agenda dan isu pihak kerajaan PH, kini hanya tinggal janji dan hanya berlegar di sekitar laman media sosial sahaja. Usaha kerajaan PH ini untuk melaksanakan janji tersebut hanya menjadi sebuah angan-angan Mat Jenin bagi penyokong PH.

Sebelum isu UEC ini ditulis dengan lebih lanjut, ingin saya ketegahkan dahulu apakah itu peperiksaan UEC? Akronim UEC ini ditakrifkan sebagai UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE atau SIJIL PEPERIKSAAN GABUNGAN SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CINA. Sijil ini diguna pakai oleh Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).
Sejak dahulu lagi SMPC menolak Dasar  Pendidikan Kebangsaan. Mereka enggan menggunakan kurikulum Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sebaliknya menggunakan kurikulum yang kebanyakannya diciplak dari Taiwan. Sistem penilaiaannya juga dibuat oleh badan penilaian sendiri, bukannya oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Secara ringkasnya, peperiksaan ini  mempunyai struktur yang berbeza dengan sistem peperiksaan SPM dan STPM.

Pengiktirafan UEC ini adalah suatu ketidakadilan bagi pelajar Malaysia terutamanya buat kaum Cina dan India yang mengambil peperiksaan SPM DAN STPM yang sememangnya peperiksaan ini dijalankan bukan di dalam bahasa ibunda mereka. Penerimaan syarat kemasukan ke dalam Universiti Awam ini menggunakan sijil UEC ini akan menambahkan lagi hasrat para ibu bapa untuk menghantar anak mereka mengambil sijil ini sekali gus meningkatkan lagi jurang penguasaan Bahasa Melayu yang lemah dalam kalangan rakyat Malaysia serta apa yang lebih menakutkan ialah sifat patriotik yang rendah juga bakal dilahirkan oleh generasi akan datang.

Di sini timbul satu persoalan, bagaimanakah perpaduan dapat dicapai jikalau bahasa yang dijunjung sebagai bahasa rasmi Kerajaan pun tidak dapat diguna pakai dalam sistem dan arus pendidikan? Apa yang lebih merisaukannya ialah subjek pendidikan yang paling penting dalam mencorakkan kesetiaan warganya terhadap negara iaitu subjek Sejarah  pun tidak digunakan malah subjek ini digantikan dengan sillibus daripada negara Taiwan. Sungguh memilukan apabila anak-anak Malaysia ini tidak akan mengenali negaranya sendiri malahan mungkin akan lebih setia dengan sejarah negara yang mereka pelajari. Bagaimana mungkin mereka akan mengenali 'Malaysia Baru' ini jika sistem pendidikan sebegini akan diiktiraf?

sebagai makluman, Peperiksaan UEC ini sangat bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 di mana salah satu bahagian dalam Institusi pendidikan Swasta di dalam Artikel 74 telah menggariskan bahawa institusi pendidikan swasta hendaklah mematuhi kehendak Kukurikulm Kebangsaan dan menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan. Melihatkan kepada artikel 74 ini, Sistem ini sememangnya telah melanggar syarat dan akta Pendidikan 1996. Hal ini sekali gus menimbulkan pertanyaan, adakah kerajaan PH mengikut undang-undang yang ditetapkan ataupun  melanggar sahaja akta tersebut demi cita-cita dan kelansungan politik mereka di Malaysia.

Pengiktirafan UEC ini perlulah ditentang sekeras-kerasnya. Perjuangan ini bukanlah hanya harga perjuangan Bangsa Melayu sahaja tetapi ini adalah harga perjuangan seluruh Rakyat Malaysia di dalam Malaysia Baru. Bangkitlah dan tentanglah pengiktirafan ini untuk keperluan dan masa depan anak Malaysia. Perpaduan bermula daripada pendidikan, sistem yang ada sudah cukup buat negara ini cuma yang perlu hanyalah penambah baikkan daripada semasa ke semasa dan bukannya menambahkan lagi masalah dengan mewujudkan 2 sistem dan aliran yang berbeza di negara ini. Sungguh,hal ini hanya akan menimbulkan dan menambahkan 'bom jangka' buat setiap kaum terutamannya buat kaum melayu. Pendidikan itu merupakan suatu erti kemuliaan, janganlah hendaknya para pemimpin politik sanggup mempercampur adukkan hal politik kotor dalam institusi ini. Jika ingin meraih undi kaum Cina sekalipun, janganlah menggunakan taktik sedemikian. Fikirlah akan masa depan anak bangsa dan negara tercinta. 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak janji buruk padahnya'.



Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang