Skip to main content

Agama Sebagai Candu Masyarakat





Oleh: Benz Ali

Krisis Covid-19 ini yang dicatat bermula awal tahun 2020 nampaknya sehingga masuk tahun kedua (Jun 2021) belum menunjukkan tanda akan berakhir. Pandemik global ini setakat ini telah membunuh jutaan nyawa umat manusia. Selain varian baru Covid-19 yang makin banyak mulai muncul, Covid-19 memaksa mewujudkan Movement Control Order (MCO) di hampir seluruh pelusuk dunia. MCO atau di Malaysia dikenali dengan nama PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kemudian mewujudkan pula masalah-masalah baru yang lebih besar dan serius. Dilaporkan pada 10 April 2021, 1700 rider P-Hailing (penghantaran barangan dan makanan) telah maut kemalangan sepanjang tempoh PKP tahun 2020. Dikatakan jumlah kematian ini pada tahun lepas lebih banyak berbanding mati akibat Covid-19.

PKP ini pada awalnya sedikit sebanyak memberi bantuan kepada orang ramai. Namun selepas peningkatan kes, bersiri-siri PKP kembali diperkenalkan tetapi tanpa apa-apa bantuan. Ada bantuan RM500 tetapi dikerat dua. Rakyat bertanya mahu beli apa sepanjang beberapa bulan berkurung itu? Di sana sini orang mulai ramai membunuh diri. Dicatatkan pada tahun lepas, semenjak era PAS (Parti Islam Se-Malaysia) memerintah bersama regim minoriti Muhyiddin (termasuk kali pertama WAF menjadi senator dan kali pertama Zulkifli Bakri menjadi Menteri Agama) dalam PN, bukan sahaja kilang arak tidak dapat ditutup atau Genting Highland dirobohkan, sebaliknya lebih 266 orang telah membunuh diri mereka.

Awal persekolahan bermula era tahun kedua PKP sangat mengecewakan dan patut dikutuk sama sekali. Menteri Pendidikan tidak nampak bersedia dengan polisi yang flip-flop di sana sini. Covid-19 jelas menunjukkan (baca: melondehkan) pekung pemerintah selama-lama ini yang mengabaikan wilayah marginal seperti Borneo. Ada kawasan yang tiada line internet. Ibu bapa terpaksa masuk ke ladang kelapa sawit, di atas bot, juga mendaki bukit untuk mendapatkan line internet untuk anak-anak mereka. Ada agamawan yang bekerja keras untuk itu kita boleh berikan tabik seperti Ustaz Ebit Liew, sementara ada juga yang menggunakan terma-terma bernuansakan agama seperti Sindrom Muhaya, bahawa “kesusahan sebegini era PKP membuatkan anak akan berusaha keras untuk belajar”.

Pada bulan Jun ini, selepas PKP kembali dikuatkuasakan tanpa apa-apa bantuan diberikan selama 30 hari dikurung (yang hanya ada cuma pengumuman dan pengumuman) orang ramai yang makin terhimpit mulai membunuh diri seorang demi seorang.

Reaksi yang diberikan oleh orang agama bermacam-macam. Tetapi nampaknya hampir persis seperti yang disebutkan Karl Marx, bapak komunis dari Jerman suatu masa dulu. Walaupun situasi pada masa Marx itu merujuk pada agama Kristian dan latar Eropah, tetapi ianya masih boleh difikirkan dan diambil iktibar apabila kita melihat, membaca dan meneliti kenyataan-kenyataan dan respons agamawan tentang kondisi perit yang dialami rakyat pada masa ini. Peranan agama(wan) sebagai agen pem-pasifan rakyat nampak ketara. Jika lebih diperincikan, ada juga agamawan yang berkeluh-kesah dan mencelakakan regim tirani minoriti Muhyiddin sedia ada (mungkin kerana kesusahan diri mereka sendiri akibat surau dan masjid sebagai periuk nasi mereka telah ditutupi), tetapi lebih banyak yang bersifat pro pemerintah. Ada yang lebih celaka bertindak menambah isteri (dikhabarkan yang keempat) di saat-saat rakyat melarat. Apatah lagi ada yang dikawat-duri. Sementara pak menteri dari Parti Islam ini berpesta-pora berkenduri meratah ghanimah (dan muslimah). Ini akan disentuh lebih keras dalam tulisan akan datang.

 



28 Jun 2021, Prof. Madya. Dr. Khalif Muammar (gambar) seorang agamawan yang sedap bergaji bulan menulis pada jam 4.46 petang di laman Facebooknya,

Mengapa bunuh diri?

Hilang pekerjaan? Ia hanya bermakna tertutupnya satu pintu, sedangkan beribu lagi pintu menanti untuk dibuka.

Kehidupan yang sempit? Kita ada Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tidak pernah mengabaikan hamba-hambaNya yang sabar berusaha.

Gagal? Setiap orang pernah mengalami kegagalan dalam hidup. Anggaplah ia sebagai cabaran dan bukan halangan. Jangan risau tentang rezki, setiap makhluk sudah disuratkan rezki masing-masing. Yakinlah ada rezki untuk kita. Banyakkan berdoa agar Allah membukakan jalan.

Buntu? Jangan segan bertanya kepada kawan, dapatkan nasihat pakar, meminta bantuan dari yang berautoriti, kita semua manusia yang lemah dan sentiasa memerlukan bimbingan.

Orang Islam wajib menuntut ilmu, dengan ilmu ini paling kurang ia tidak akan mudah putus asa. Ilmu agama, fardu ain, adalah kompas kehidupannya, ia tidak akan tersesat meskipun hidup di tengah padang pasir. ilmu dunia, fardu kifayah, adalah kunci kesejahteraan kehidupan di dunia, jangan pernah merasa cukup dengan satu ilmu yang ada. Alam ini adalah rahmat Tuhan untuk semua, terbentang luas untuk digarap dan dimanfaatkan, Tuhan yang Rahman dan Rahim telah menyediakan rezki untuk setiap manusia, bahkan untuk setiap anak burung di musim salji, setiap semut yang melata di atas tanah.

 



Dikatakan 160 pegawai Jakim pula ditempatkan di hospital untuk tangani kemurungan atas perintah Menteri Agama Dr. Zulkifli Al-Bakri (gambar). Persoalannya, adakah dengan meletakkan 160 pegawai Jakim itu akan menyelesaikan permasalahan hutang dan bebanan yang ditanggung oleh rakyat jelata? Adakah dengan hanya bercakap-cakap persoalan agama di telinga pesakit (di hospital) akan membuatkan bank membatalkan hutang, Ah Long tidak cari sampai ke rumah, pekerjaan akan diberikan, atau ia hanyalah sekadar memberikan “pekerjaan” kepada 160 pegawai Jakim tersebut? Adakah cakap-cakap ala Muhaya benar-benar menyelesaikan permasalahan atau hanya mendatangkan rasa “feel good” kepada mereka yang tak bergaji dan bekerja hari dipaksa bercuti dan menampakkan Menteri Agama buat kerja? Ini membenarkan lagi peranan agama sebagai alat pem-pasifan.

 



Rakyat dalam sehari dua ini mula berkempen tentang “Bendera Putih”, supaya kes bunuh diri dapat dikurangkan jika tidak dapat dielakkan sekalipun. Nik Abduh (anak kepada Nik Aziz) menulis,

Ceritakan perihal kemiskinan agar sesama kita insaf dan dapat saling membantu. Anda pula dengannya beroleh pahala kerana menyampaikan. Kecuali jika anda mencaci dan berkata buruk terhadap sesiapa pun samada ketika membantu atau menyampaikan. Ia meruntuhkan binaan. Ketahui, kemiskinan zahir pada harta. Kemiskinan sebenar pada impian pahala bertukar menjadi igauan dosa. Justeru jadilah insan yang soleh.

#PatuhiSOP
#malaysiaoptimis

 

Semua kenyataan yang disebutkan oleh agamawan-agamawan arus perdana Islam ini tidak lain tidak bukan hanya mengukuhkan lagi tesis Marxist bahawa agama itu adalah candu masyarakat. Dan kita selaku generasi millennia abad ini sepatutnya sudah biasa dengan kenyataan tersebut. Maka menutup artikel ini, diakhirkan dengan petikan status teman Facebook saya:

Sebab PAS tak boleh separate dengan scandal sex dan policy berkaitan sex (polygamy, underage marriage exploitation, velfire scandal, thailand scandal, high r*pe, domestic violence cases in their jurisdictions)

—I suggest calling them PAS; Party Alat Sulit.

 

(Terry Kostlich Ravioli, 2021)

Rujukan:-

1) https://www.sinarharian.com.my/article/146793/BERITA/Nasional/160-pegawai-Jakim-ditempatkan-di-hospital-tangani-kes-kemurungan

2) https://www.kosmo.com.my/2021/04/10/lebih-1700-rider-maut-kemalangan/


Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P