Skip to main content

Kenapa Penduduk Kampung Membantah Tapak Pelupusan Sampah Bukit Payung?



Oleh: Iltizam Iman

Sebuah tapak pelupusan sampah baru akan dibuka di Bukit Payung bagi menggantikan tapak sebelum ini di Simpang Renggam yang telah melimpah ke Sungai Benut. Rancangan ini diumumkan oleh ADUN Yong Peng Lim Kee Moi pada 2010 tanpa ada sebarang perbincangan dengan penduduk tanpa sebarang laporan kajian (DEIA) dikeluarkan. 

Sehingga hari ini bantahan penduduk masih disuarakan, mereka telah menggunakan setiap "saluran" yang ada sejak Disember 2010 di mana memorandum bantahan pertama dihantar. Lebih 20,000 tanda tangan penduduk telah diturunkan bagi membantah tapak pelupusan sampah tersebut. Tetapi perkara ini masih tidak dipedulikan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan setiap parti pemerintah. Menjadikan penduduk terpaksa menuntut melalui sistem kehakiman. Julai 2020 ini adalah pendengaran permohonan bantahan pertama di mahkamah. 

Terlalu banyak perkara yang menjadi alasan penduduk untuk memelihara Bukit Payung. Kalau dikategorikan, ada 3 faktor utama yang dititikberatkan iaitu (1) keselamatan penduduk (2) sumber alam (3) sejarah. 

Terdapat beberapa alasan penting kenapa penduduk membantah laporan DEIA (perincian kesan projek terhadap persekitaran) yang dikeluarkan oleh JPSPN, 

1. Tapak pelupusan sampah ini terletak betul-betul atas tali air parit Purun, sumber air bersih utama penduduk ketika musim kemarau. Kemusnahan hutan ini telah mengakibatkan banjir kilat di kampung sekitar sebanyak 2 kali dalam setahun.

2. Bukit Payung adalah tapak rekreasi yang menjadi persinggahan penggemar sukan ekstrim dari serata dunia. Terdapat acara internasional yang dijalankan di Bukit Payung setiap tahun.

3. Tidak mempedulikan jarak penempatan yang terlalu hampir dalam sekitar 1.5km sahaja, yang mana tidak menepati piawaian tapak pelupusan. Ini kerana langsung tidak menjamin keselamatan penduduk.

4. Tidak mempertimbangkan 9 buah sekolah berhampiran, kebun dan ladang penduduk, pernternakan dan kolam ikan, kilang makanan, serta 18 buah kampung yang ada di sekitar tapak pelupusan. 

Semuanya ini akan terkesan dengan keputusan kerajaan yang mengetepikan keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya. Penduduk juga membantah kerana jelas laporan DEIA tidak menyatakan terdapatnya peninggalan sejarah semenjak zaman Jura sehingga perang dunia. Terdapat beberapa bahan sejarah yang dikenal pasti oleh para pengkaji antaranya:-

1. Fosil tumbuhan purba Zaman Jura.
2. Penempatan masyarakat Melayu Melaka.
3. Berdekatan dengan lebuh raya purba.
4. Menjadi persinggahan kapal-kapal besar.
5. Keberadaan tokoh-tokoh besar.
6. Peperangan tersengit British - Jepun.
7. Serpihan 2 bangkai kapal perang yang terhempas.
8. Serangan tentera Selempang Merah terhadap markas Komunis.
9. Tempat persembunyian Guru Yahya dan pengikutnya.

Ada lagi khazanah yang tidak disebutkan di sini, tetapi cukup untuk menunjukkan betapa tidak warasnya keputusan Kerajaan Negeri untuk menjadikan tanah ini sebagai tapak pelupusan. Dan cukup untuk menunjukkan betapa terdesaknya penduduk kampung mempertahankan khazanah Bukit Payung ini. Sedangkan seharusnya ia adalah khazanah warisan yang menunggu masa untuk dikaji dan diteroka.

Jika tapak pelupusan ini diteruskan, alamatnya semakin jahanam peluang kita untuk memartabatkan khazanah kita sendiri. Kita semakin dihantui oleh perkara ini apabila Menteri KPKT YB Zuraida mengeluarkan kenyataan di Malaysiakini, menafikan adanya bahan sejarah di Bukit Payung pada 11 September 2019.

Tiada alasan yang kukuh sebenarnya untuk Kerajaan Negeri tidak memberhentikan projek ini serta merta. Selepas perjumpaan demi perjumpaan, protes demi protes, mustahil kerajaan tidak sedar masalah yang bakal menimpa penduduk. Mustahil kerajaan tidak peduli tentang khazanah negaranya sendiri. Keputusan untuk meneruskan rancangan tapak pelupusan ini oleh kerajaan PH dan kerajaan sekarang adalah tanda kita sedang ditadbir oleh sekumpulan orang yang tidak punya pertimbangan waras. Malah, mereka memohon kepada mahkamah untuk membantah permohonan tuntutan penduduk. Adakah ini sikap kerajaan yang prihatin terhadap suara rakyat?

Pada 29 Julai ini hujah permohonan bantahan Kerajaan Negeri terhadap tuntutan penduduk akan didengarkan di mahkamah Tinggi malaya, JB.

Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang