Skip to main content

Ketidakyakinan Pak-pak Menteri Terhadap Bahasa Melayu.





Oleh: Benz Ali

Terbaru Malaysia menjadi laughing stock sekali lagi apabila Menteri Pertahanan Malaysia, iaitu Mat Sabu berucap di Shang-ri La menggunakan Bahasa Inggeris. Selain latar belakang beliau yang tidak sebanding dengan rakan-rakan sejawatnya yang lain untuk memegang posisi strategik itu, beliau juga selalu diperbandingkan dengan menteri-menteri pertahanan sebelum itu.

Sebelum dari itu, apa yang berlaku kepada Mat Sabu itu tidaklah harus melupakan kita kepada apa yang telah berlaku pada  (Dr.) Ahmad Zahid Hamidi juga ketika berucap UNGA (General Assembly Of The United Nation) ini lebih memalukan kerana beliau bergelar “Dr.” Komen Lione Wan, seorang netizen di Youtube pada ucapan beliau itu menarik untuk diperhatikan, “sound like he is out of breath in the beginning. I can sense he is having stage fright early. He is much smoother as later on. need to take classes on speech if he wants to public speak in English. However I still think speaking in mother tongue in international event is more important as a pride even if our leaders can speak English well. Russian president never speak English publicly as a sign of pride in Russia.

Dan awal tahun lepas (2018), sebaik sahaja pemerintahan bertukar alih, Lim Guan Eng di status FB Kementerian Kewangan mengeluarkan kenyataan kementerian dalam Mandarin, hujahnya adalah kenyataan dalam Bahasa Melayu juga telah dikeluarkan. Persoalan balas kita, mengapa tidak ada kenyataan dalam Bahasa Tamil, Kadazan dll? Bukankah menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi kerajaan sudah termaktub, telah disepakati dan seharusnya dihormati?

Merumuskan dari ketiga-tiga kasus ini, dan banyak lagi kes, termasuk PPSMI dan ura-ura untuk mewujudkannya semula, menunjukkan para pemimpin kita baik yang terdahulu juga yang terbaru nampaknya seperti tidak yakin dengan Bahasa Melayu. Mereka tidak percaya bahawa Bahasa Melayu boleh dimartabatkan di peringkat negara (national) juga antarabangsa (international).
                                          
When the elephant fight, the grass will suffer..
“..When the elephant fight, the grass will suffer..,” yang diungkapkan oleh Mat Sabu, atau dalam Bahasa Melayunya, gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah itu adalah peribahasa Melayu. Bukannya tidak boleh Mat Sabu mengungkapkan peribahasa Melayu tersebut. Tetapi bunyinya jadi lain apabila diungkapkan secara harfiah. Bagaimanapun harus diakui, buat mereka yang mengamat ceramah-ceramah Mat Sabu, selain beliau gemar membuat kelakar yang tak gering gusi, dan pembacaan sejarah perjuangan, beliau juga gemar berpantun. Dari sudut orasi dalam Bahasa Melayu, Mat Sabu memanglah seorang pemidato yang petah.

Jika tidak fasih, mengapa malu bercakap Melayu?
Ahmadinejad dalam berbagai-bagai kesempatan, temubual, di PBB, tanpa segan silu bercakap bahasa Parsi. Dengan keyakinan dan kepercayaannya yang teguh terhadap bahasa Parsi, beliau mengungkapkan keyakinan-keyakinan politik bangsa Iran. Ini sekaligus membuat orang (sekurang-kurangnya Orang Putih) respek (tabik hormat/salute) pada bangsa Islam Iran/Syi’ah.

Orang Putih (media/wakil antarabangsa dll) terpaksalah menerjemah ke dalam BI sekiranya mereka mahu mendengar dan mahukan berita dan pandangan beliau itu. Mat Sabu selalu dituduh Syi’ah, tanpa beliau menafikan atau membenarkan. Ini berikutan kekaguman beliau yang mendalam terhadap Revolusi Islam Iran. Mengapa beliau tidak meniru sahaja tokoh Ahmadinejad yang telah menunjukkan contoh terbaik? Walaupun tidak bercakap Bahasa Inggeris, karisma Ahmadinejad, Khomeini itu kita boleh nampak, dan rasakan.  

Tidak semestinya English
Pemimpin-pemimpin dunia umumnya, dan dunia ketiga khususnya tidak semestinya bercakap Inggeris untuk menunjukkan kredibiliti dan karisma mereka. Selain Ahmadinejad yang bercakap Parsi, Che Guevara juga tidak bercakap Inggeris di PBB, sebaliknya bercakap bahasa orang Cuba, iaitu Spanish (cubañol). Teman revolusionernya juga, iaitu Fidel Castro pun tak jauh beza. Begitu juga pemimpin dari China (Tanah Besar), juga Putin, Russia. Pemimpin-pemimpin sebeginilah yang akan meningkatkan keyakinan diri (self esteem) dan jati diri rakyat sesebuah negara. Bukan memperlekehkan dan merendah-rendahkan bangsa/negara yang selalunya direndah-rendahkan dan dibuli oleh negara dunia pertama. Jadi mengapa Mat Sabu tidak mahu mengangkat Bahasa Melayu?

Kesimpulan dan persoalan yang masih dipersoalkan.
Jika kita mendengar dan mengamat ucapan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, beliau sangat fasih berbahasa Melayu, begitu juga dengan bapaknya, Lee Kuan Yew. Sama ada tujuan untuk mengambilhati orang Melayu di Singapura, itu adalah satu persoalan lain. Isunya di sini adalah adakah pak-pak menteri kita yakin dengan kekuatan Bahasa Melayu – yang selalu disebut dalam buku-buku teks sejarah, sebagai lingua franca?

Jika pak-pak menteri sendiri tidak yakin akan keupayaan Bahasa Melayu, bagaimana rakyat Malaysia sendiri –yang terpisah-pisah hendak yakin- ?

Rujukan:
Ahmadinejad bercakap Iran

Che Guevara bercakap Spanish di UN

Fidel Castro bercakap Spanish di UN

Putin di UN

PM Singapura cakap Melayu

Ucapan Pemimpin Malaysia di Peringkat Dunia


Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang