Skip to main content

bagaimana anda hendak mendapatkan pendidikan percuma?




berhenti bergantung pada mana2 aktivis mahasiswa. mereka bukan pedulikan anda pun. mereka setapak lagi nak jadi orang politik. dan anda pulak masih terkial-kial nak bayar hutang PTPTN. kata omputeh, you're on your own.
1. berhenti/jangan bayar PTPTN. dari situ anda sudah mendapat pendidikan percuma.
2. menulislah atau menyumbanglah apa sahaja yang bermanfaat di internet, di sosial media, di blog, di whats app. jika semua kita saling sumbang-menyumbang, banyaklah ilmu pengetahuan yang akan didapatkan secara percuma - sebenarnya bukanlah percuma, tapi adalah semua orang saling beri-memberi.
3. buatlah apa-apa video. lebih kepada pengkhususan nombor 2. mungkin orang (kita) tak suka, atau malas membaca yang panjang-panjang. maka buatlah video sebanyak mungkin apa benda yang anda tahu atau kawan2 (tribe) anda tahu. boleh rujuk Youtube yang ni. atau banyak je di sosial media.
4. buat buku. cara ni paling konvensional. tapi tak lekang dan tak lapuk dek zaman. sememangnya internet adalah ciptaan paling agung umat manusia zaman sekarang, tetapi untuk dokumentasikan, merakam segala jenis ilmu pengetahuan, buku adalah medium yang paling tak terlawan dari dulu sampai sekarang. tulis sampai jadi buku. senang untuk dirujuk. ada sesuatu untuk dipegang dan dikongsikan zaman berzaman. internet belum tentu. line takda, elektrik takda, atau apocalypse, internet akan mati. buku abadi. dari zaman Nabi Musa sampai zaman Imam Mahdi.
5. perpustakaan. rajin-rajinlah masuklah perpustakaan. pengkhususan pada nombor 4. di situ, berlungguk dan berhabuk pendidikan secara percuma. nak taknak sahaja.

6. hadirlah ke apa sahaja forum/wacana/diskusi/kelas/bengkel yang dibuat secara percuma, terbuka, atau murah. terlibat aktif dalam perbincangan untuk bentuk circle/group/kumpulan diskusi masing2. dari situ anda akan mendapat sudut pandang yang berbeza-beza selain pengetahuan/kemahiran baru.

-BA- 

Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang