Skip to main content

Posts

Mengenang Sebulan Pemergian Ahmad Lutfi Othman: Wartawan Rakyat Perjuangan (1963-2022)

  Oleh: Benz Ali  Saya pernah bertandang ke rumahnya sekali, ditemani bakal isteri saya ketika itu, juga bersama Arif Atan, seorang wartawan muda yang juga menurut saya pengikut dan mentee Ahmad Lutfi Othman. Saya mengenali nama beliau sudah sangat lama, ketika di bangku sekolah rendah lagi. Melalui pembacaan di akhbar Harakah. Selain Ishak Surin, Ahmad Lutfi Othman adalah teraju utama Harakah selama ini. Tetapi PAS, selaku organisasi penaung Harakah seperti biasa, yang selama ini berfikiran binari ( us or them , hitam putih) jarang sekali menghargai sosok seperti ini. Mereka yang berbeza dan punyai fikiran berlainan, selalunya akan dikesampingkan. Kesalnya dan kesannya, Harakah mati selepas para pelopor keluar dan generasi kemudian PAS, anak-anak gerakan Islam tiada sejarah, atau sejarah pergerakan mereka jadi kontang-kanting, digunting di sana sini, kerana para pelopor sudah tiada lagi, yang cuma ada hanyalah mereka yang berkuasa, dan masih mempertahankan kuasa. Ahmad Lutfi Othman, s
Recent posts

Squid Game dan Kegagalan Konsep Kesenian Islam

  oleh: Benz Ali -tulisan ini dihasilkan berkat komen teman-teman yang tersiar di status FB- Squid game sebuah siri tv Korea yang baru sahaja melabuhkan tirai. Sebenarnya cerita ini biasa sahaja. Tentang sekumpulan manusia (berjumlah 400 orang lebih) yang terdesak untuk hidup; buruh imigran Pakistan yang mencari nafkhah sampai ke Korea Selatan, seorang tahi judi yang anak dan isterinya akan mengikuti suami dan bapa baru, penyeluk saku yang melarikan diri dari Korea Utara, samseng yang keputusan wang dan melarikan diri dari samseng-samseng lain yang mengejarnya untuk membunuhnya (no honor among thief). Mereka ditempatkan di sebuah pulau untuk saling berbunuh-bunuhan dalam satu pertandingan kanak-kanak di Korea. Dan mereka yang menang (1 orang sahaja) akan mendapat hadiah lumayan. Sebelum cerita ini muncul, sebenarnya sudah ada cerita lain yang lebih ganas (bahkan lebih lucah) dari cerita ini. Dan format yang paling awal mendahului dalam cerita sebegini ialah Battle Royale. Ini ada

Agama Sebagai Candu Masyarakat

Oleh: Benz Ali Krisis Covid-19 ini yang dicatat bermula awal tahun 2020 nampaknya sehingga masuk tahun kedua (Jun 2021) belum menunjukkan tanda akan berakhir. Pandemik global ini setakat ini telah membunuh jutaan nyawa umat manusia. Selain varian baru Covid-19 yang makin banyak mulai muncul, Covid-19 memaksa mewujudkan Movement Control Order (MCO) di hampir seluruh pelusuk dunia. MCO atau di Malaysia dikenali dengan nama PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kemudian mewujudkan pula masalah-masalah baru yang lebih besar dan serius. Dilaporkan pada 10 April 2021, 1700 rider P-Hailing (penghantaran barangan dan makanan) telah maut kemalangan sepanjang tempoh PKP tahun 2020. Dikatakan jumlah kematian ini pada tahun lepas lebih banyak berbanding mati akibat Covid-19. PKP ini pada awalnya sedikit sebanyak memberi bantuan kepada orang ramai. Namun selepas peningkatan kes, bersiri-siri PKP kembali diperkenalkan tetapi tanpa apa-apa bantuan. Ada bantuan RM500 tetapi dikerat dua. Rakyat berta

Kapitalisma: Dari Mana Hendak Ke Mana dan Mengapa Ianya Adalah Ianya?

  Oleh: Chi Atman Kita kini sedang menghayati sebuah dunia di mana kekayaan sedang diciptakan pada kadar yang tidak dapat dibayangkan oleh generasi-generasi dahulu. Kejayaan-kejayaan teknologi, seperti kejuruteraan genetik dan dunia Internet, sedang berkembang dengan pesat. Semua ini, kita diberitahu, adalah hasil daripada kejayaan sistem kapitalis. Menurut penyokong-penyokong sistem kapitalis di merata dunia, sistem inilah yang telah membolehkan umat manusia mencapai tahap kemajuan yang tinggi, lantas menjadikan sistem kapitalis sebuah sistem sempurna, yang tidak lagi dapat diubahkan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa buat kali pertama dalam sejarah dunia, kita mempunyai kekayaan yang mencukupi untuk memuaskan keperluan-keperluan setiap insan di dunia. Namun, apa yang tidak dikatakan oleh penyokong-penyokong kapitalisme itu adalah bahawa berjuta-juta orang masih mengalami kebuluran, berjuta-juta orang masih mengalami penyakit yang mudah dicegah, kehidupan berjuta-juta orang masi

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa